'Korang nak makan kat mana? Jom la uncle belanja - Netizen puji pemandu grab pemurah!

Advertisemen

Selalu kalau orang share pengalaman naik Grab ni mesti yang tak elok je semua. Macam-macam lah kita dengar sampai kadang-kadang jadi takut nak naik Grab. Tapi mujur ada pemandu Grab macam pakcik ni.

Bila dengar cerita seorang pengguna Twitter bernama Sofea ni, apa yang pemandu Grab tu buat bukan je dah kembalikan kepercayaan kita untuk naik Grab tapi boleh bikin kita rasa nak naik Grab hari-hari. Uish!

Minta tambah location untuk singgah kedai makan

Sofea waktu tu dalam perjalanan untuk ke destinasi yang dia nak pergi dengan kawan-kawan. Pertengahan perjalanan tu dorang minta nak singgah kedai makan dengan pakcik driver Grab.

“Uncle boleh tak kalau kitorang tambah location nak singgah kedai makan mana-mana jap?” kata Sofea kepada pemandu bernama Shamsul tu.


Belanja maggi goreng dengan teh ais

Bila Sofea mintak macam tu, Shamsul bukan takat tak kisah nak singgah kedai makan tapi siap offer nak belanja lagi! Mak ai mana nak jumpa pemandu Grab macam ni zaman sekarang?!

“Oh ye ke, korang nak makan kat mana? Jom la uncle belanja. Uncle pun tak makan dari tengah hari ni,” balas Shamsul.

Bukan acah-acah ajak je, pakcik Shamsul betul-betul belanja Sofea dan kawan-kawan dia! Dapat makan maggi goreng dengan teh ais free gais! Sofea jugak ada cakap yang tambang dia naik Grab RM32, tapi pakcik Shamsul bagi RM30 je. Baiknya!


“Macam ni hari-hari naik Grab pun takpe”

Lepas Sofea share pasal ni, ramai la kagum dengan Shamsul sebab memang jarang nak jumpa pemandu macam ni. Rupa-rupanya Shamsul ni memang sangat pemurah orangnya dan suka belanja makan kat sesiapa saja.


Waaah pemurahnyaaa pakcik ni! Nak jugak la naik Grab hari-hari kalau dapat driver macam ni. Hehe Semoga pakcik dimurahkan rezeki!

Sumber : Sofea via lobakmerah
Advertisemen