info-info menarik !

Breaking

Monday, May 14, 2018

Kena tinggal di highway jam 3 pagi gara-gara beli tiket 'haram'


Bagi yang tak ada kenderaan sendiri untuk ke destinasi, bas memang jadi pilihan ramai. Tapi yang sedihnya bila ada sesetengah syarikat bas ekspres sanggup menipu pelanggan.

Dah la kena tipu, diperlakukan dengan teruk pulak tu oleh pemandu bas. Ini lah perkara yang berlaku kat seorang pengguna Twitter bernama Asyiqeen.

Syarikat bas ekspres jual tiket bas haram

Dalam perkongsiannya, Asyiqeen menceritakan kisah dia ditipu oleh syarikat bas ekspress yang menjual tiket bas haram. Bas yang dinaiki tidak berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) seperti dijanjikan penjual tiket.

Bila Asyiqeen bertekak pasal hal ni, korang confirm tak sangka apa yang dibuat oleh pemandu bas tu.


Tinggalkan perempuan kat highway

Pemandu tu tinggalkan je Asyiqeen kat tengah-tengah lebuh raya! Dah la tinggal anak dara orang kat highway, pemandu tu selamba je drop gadis tu pukul 3 pagi! Teruknya!

Kata Asyiqeen, bas yang dinaiki tu bukan saja datang lambat, tapi tempoh perjalanan pun lama dari kebiasaan. Aduhai!


Driver baru umur 18, memandu bas cara bahaya

Pemandu bas yang dinaiki tu baru je berusia 18 tahun. Tak kisah muda ke tua, tapi yang penting cara pemanduan yang selamat, kan? Masalahnya Asyiqeen cakap yang driver tu memandu dengan cara yang sangat bahaya.

Lepas kena tinggal kat lebuh raya pagi-pagi buta macam tu, Asyiqeen yang pada waktu tu dengan kawan dia cuba nak naik Grab. Tapi pemandu Grab yang cepat tak available pulak time tu. Mujurlah ada orang tolong tumpangkan dan bawa dorang ke Petronas terdekat.


Bahayanya! Kesiannya tak pasal-pasal kena tinggal kat highway. Korang yang nak baik bas lain kali make sure bas tu berdaftar dan pemandu dia bertanggungjawab tau!

Sumber : Asyiqeen

No comments:

Post a Comment