info-info menarik !

Breaking

Wednesday, May 2, 2018

Kena reject stesen TV, Namron luah rasa kecewa!


Walaupun jarang muncul dengan lakonan di kaca televisyen, pelakon Namron pernah membolot trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia Ke-29 pada tahun lalu.

Baru-baru ini, pelakon filem Dukun itu telah memuat naik status di laman Twitter berkongsi luahan hati apabila namanya telah ditolak oleh sebuah stesen TV untuk telefilem sempena hari raya.



Walau bagaimanapun, Namron turut mendedahkan bukan hanya dia seorang sahaja tetapi pelakon Amerul Affendi turut mengalami nasib yang sama.


“Baru dapat berita daripada syarikat produksi, nama saya telah ditolak oleh stesen TV3 untuk telemovie raya.

“Wow! Amazing, patutlah dah lama tak keluar TV. Sama juga dengan rakan saya Amerul Affendi.

“Jangan risau Merul, kita ada kelas. Merul pernah ditolak beberapa projek tapi bukan projek yang sama,” kata Namron di laman Twitter miliknya.



Tweet tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata turut meluahkan rasa kecewa melihat keadaan industri lakonan yang semakin menghasilkan pelakon kurang berkualiti.

Sedih, buta seni…

Silap besar ‘reject’ orang..

Patut la banyak pelakon ‘kayu’..


Sumber : Namron via ohmymedia

No comments:

Post a Comment