info-info menarik !

Breaking

Sunday, May 13, 2018

'Keluarga saya juga turut diganggu' - Asyraf Khalid


Kecoh di media sosial apabila anak kandung serta menantu kepada isteri bekas Perdana Menteri mendedahkan sikap sebenar dan sisi hitam wanita itu. Hari ini, tular komen yang dibuat oleh anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram DUN Muar, Syed Saddiq.

Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K akhirnya membuka mulut tentang apa yang pernah menimpa keluarga mereka. Melalui posting tu, dia berterima kasih kepada Ketua Pemuda Bersatu itu atas keberanian beliau bersikap lebih terbuka.


Pernah terfikir kenapa Datuk Siti sudah tidak muncul dalam TV3 selepas dia membuka mulut menentang kerajaan sebelum ni?

Bukan tu je, Asyraf turut cerita ada individu pernah datang rumah family mereka dan dikatakan mewakili Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas arahan seseorang.

“Keluarga saya juga turut diganggu, agen cukai pendapatan datang dan cakap ‘seseorang’ hantar mereka, bukan Jibs, tapi anda tahu siapa.”

Asyraf juga akui dirinya pernah terima ugutan selepas memuat naik gambarnya bersama Syed Saddiq.

“Saya muat naik gambar bersama Syed Saddiq, dan diugut untuk tidak menunjukkan sokongan kepada umum atau jika tidak sesuatu yang ‘buruk’ akan berlaku.”

“Kita berada di dunia yang tidak bebas melakukan apa jua termasuk membuat posting di Instagram.”

“Saya gembira perkara ini akhirnya berubah.”

Moga Malaysia lebih baik!

Sumber : Instagram

No comments:

Post a Comment