info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 21, 2018

KEJAM! Bayi baru lahir dibuang di taman permainan


Seorang bayi lelaki seberat 3.22 kilogram ditemui menangis di sebuah padang permainan tengah hari tadi. 

Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang awam dalam keadaan masih bertali pusat dan uri di dalam balutan kain pelikat di padang permainan berhampiran Dewan Komuniti Taman Sri Andalas, Klang. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penemuan bayi berkenaan pada jam 12.38 tengah hari. 

"Bayi baru dilahirkan ditinggalkan dalam balutan kain pelikat, masih bertali pusat dan uri. Status bangsanya masih belum dikenal pasti. 

"Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan disahkan berada dalam keadaan sihat," katanya. 

Shamsul meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. 




No comments:

Post a Comment