Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!

Advertisemen

Daripada laporan yang updated sehingga sekarang, kediaman bekas PM Datuk Seri Najib Razak dikatakan masih digeledah polis dan belum ada tanda-tanda lagi untuk pasukan ni beredar.

Kesian lihat keadaan bekas PM tersebut yang menjalani hari pertama puasa dengan dugaan menimpa, rakan-rakan Najib katanya datang nak melawat serta beri moral support kepadanya. Salah seorang daripadanya ialah ahli UMNO Negeri Sembilan, Abdul Rahim Abdul Rahman, lapor FMT.


Tup-tup lepas dia kena halang dari masuk rumah Najib di Taman Duta dan disoal macam-macam oleh wartawan, Abdul Rahim dilihat naik angin dengan tetiba.
“Kenapa saya dihalang masuk? Kerajaan jenis apa ni?

“Saya seorang ahli politik biasa. Kami kawan politik. Kami memerintah negara ni sebelum Mahathir okey!” kata Abdul Rahim yang jugak ketua fan club, Kelab Sahabat Datuk Najib.


Bila disoal kali terakhir dia berhubung dengan Najib, Abdul Rahim menjawab dia berjumpa dengan bekas PM itu pada Jumaat lepas. Tambahnya lagi, mereka berjumpa semasa Najib bersolat Jumaat di masjid dan suami kepada Rosmah Mansor ni nampak baik-baik je.

“Dia okey. (Najib) seorang lelaki yang tabah dengan prinsip yang kuat,” katanya.
Tak tahan melihat wartawan berkampung di hadapan rumah Datuk Seri Najib, Abdul Rahim jugak persoal apa yang wartawan nakkan sangat dengan bekas Presiden UMNO ni. Hadoiii tak memasal wartawan yang kena marah.

“Kenapa ramai sangat? Dia macam tahanan politik pulak, macam penjenayah. Kamu patutnya tanya Mahathir apa yang dia sedang buat. Dia berumur 93 tahun. Kamu fikir dia tengah buat benda yang betul ke?” marah Abdul Rahim.

Rata-rata netizen yang melihat sesi temubual live di Astro AWANI mengecam Abdul Rahim kerana bersikap ‘kerek’ dengan wartawan.


Sehingga kini, kenderaan polis masih keluar dan masuk dari Jalan Langgak Duta dan barang-barang peribadi seperti beg tangan dilihat dibawa keluar dari kediaman bekas PM tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

Cuba cool sikit pakcik. Bulan Ramadhon ni tak baik marah-marah.

Sumber : Astro AWANI via lobakmerah
Advertisemen