info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 14, 2018

'Jangan marah TV3 dan RTM, mereka kini laporkan berita seimbang sejak 10 Mei' - Azmin


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa rakyat tidak lagi menghentam TV3 dan RTM lagi yang kini lebih neutral dalam penyampaian laporan berita. 

Azmin berkata, laporan berita yang disampaikan oleh dua media itu dilihat neutral selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan persekutuan 10 Mei lalu dan rakyat kini mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan maklumat penuh perjalanan kerajaan negeri Selangor di media arus perdana dan alternatif. 

"Jangan marah TV3 dan RTM lagi kerana sejak 10 Mei lalu mereka laporkan berita yang seimbang dan memuji pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga Astro Awani yang banyak membantu kita. 

"Dah boleh baca Utusan kalau mahu, begitu juga Sinar Harian dan jangan lupa Selangor Kini," katanya. 

Sebelum ini, Azmin pernah melahirkan rasa kecewa terhadap media yang seringkali melaporkan berita yang berat sebelah melalui Buletin Utama TV3 dan RTM mengenai kerajaan Selangor yang dibawah pimpinannya. 

Menurutnya, media arus perdana jarang membuat liputan penuh dalam program kerajaan negeri melainkan terdapat isu panas yang memerlukan kenyataan balas daripada Menteri Besar Selangor. 


Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed semalam berkata, kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara. 

Tindakan itu bagi membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka. 

"Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka. 

"Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas," katanya.

No comments:

Post a Comment