info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, May 2, 2018

Ini realiti sebenar padang pasir Klebang yang sebenarnya penuh dengan longgokan sampah!


Tak sah rasanya datang ke Malaysia kalau tak melawat bandaraya bersejarah, Melaka. Selain Kota A Famosa, ramai tourists gemar berkunjung ke Padang Pasir Klebang ataupun Klebang Sand Dunes sebab tempat ni memang cantik dan perfect lah untuk Instagram.

Terletak lebih kurang 10-15 minit dari Jonker Street kalau naik kereta, senang je nak pergi tempat yang selalu jadi tumpuan geng hipster ni.

Nampak macam kat luar negara, cantik dan bersih

Bila tengok gambar-gambar kat Instagram, cantik sangat guys tempat ni! Langit biru, pasir dia putih bersih, terus rasa nak bercuti! Kalau tak sure tempat ni mana satu, ni admin ada sediakan gambar untuk korang.





Mak ai cantiknyaaa! Putih bersih pasir dia!

Tapi sebenarnya penuh longgokan sampah!

Selalu nampak gambar cantik-cantik je kan, tapi sebenarnya ramai tak tahu yang Padang Pasir Klebang ni penuh dengan sampah sarap! Tak percaya? Korang tengok ni sendiri!




Aduhaaai, apa dah jadi dengan tempat ni? Kita ingat orang duk post tempat ni cantik, tapi tak tahu yang ini keadaan sebenar kat sini.

Mana datang sampah sarap penuh alam ni?

Menurut WORL OF BUZZ, plastik dan sampah ni dipercayai bukan saja dibuang oleh pengunjung tapi di bawa ke tepian pantai dari laut. The Star melaporkan 4.8 hingga 12.7 juta tan plastik dijumpai di perairan Malaysia masa tahun 2010 sahaja!

Jangan terkejut, negara kita juga adalah top 10 penyumbang plastik kat lautan selain Indonesia, Vietnam, Thailand dan banyak lagi. Jadi tak hairanlah banyak sangat sampah kat Padang Pasir Klebang.

Soalan ni senang dan jawapan dia pun senang je. Berhenti guna bahan plastik! Senang, kan? Tapi yang susahnya bila kena buat betul-betul. Kalau terpaksa guna bahan plastik jugak, tolong lah elakkan buang merata-rata.

Jangan sesuka hati je buang sampah kat tepi pantai atau kat mana-mana sekalipun. Takde orang nak tolong kutip untuk kita tau! Katakan TIDAK pada plastik!

Sumber : WORL OF BUZZ , The Star via lobakmerah

No comments:

Post a Comment