info-info menarik !

Breaking

Sunday, May 13, 2018

'Hari tu suruh Fatiya goncang t***k kan?' – Zarina Anjoulie 'backup" Fathia Latiff


Pelakon Fathia Latiff sebelum ini pernah dikecam dan dicaci selepas menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Namun kini selepas melihat kejayaan Pakatan Harapan (Harapan) menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rata-rata bersetuju dengan tindakan penyanyi Keluarkan Aku itu yang mengagumi Tun M.

Bagi pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju, dia sekali lagi lantang bersuara mengenai sikap sesetengah anak seni yang berpaling tadah ataupun ‘lalang’ apabila negara diambil alih oleh parti Harapan.


Berbanding dengan rakan baiknya, Fathia yang setia dengan perjuangan Tun M dan tidak pernah berdendam dan menimbulkan hasrat dengki walaupun dikeji serta dikritik netizen di laman media sosial.

Fathia paling baik & bagus!


Tambah Anju menerusi Instastory miliknya, dia juga mempersoalkan tindakan rakan selebriti iaitu Dira Abu Zahar yang tidak lama dahulu menyelar tindakan Fathia.

Sebelum ini, Dira menasihati Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya serta tidak perlu mencampuri urusan kerajaan selepas memuat naik foto bersama Tun M di Instagram.

Fathia jangan sibuk!

Mana Dira?

Lain kali jangan lupa diri…


Walau bagaimanapun, Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.

Bagus Fathia ni, bersikap terbuka apabila menerima pendapat orang lain dan tidak cepat melatah dalam sesuatu perkara. Syabas Fathia!

Sumber : Zarina Anjoulie , Fathia Latiff , Dira Abu Zahar via ohmymedia

No comments:

Post a Comment