info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 18, 2018

'Gile Mewah!' - Senarai Barang Yang Dirampas Dalam Serbuan di Kediaman Najib


Semalam, kecoh di media sosial tentang serbuan yang dibuat polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dekat Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada 16 Mei. Ramai yang busybody nak tahu apa barang yang dirampas pihak polis sampai diangkut guna Black Maria tu.

Ini kami senaraikan item yang dirampas pihak polis menurut MMO:

15 kotak beg tangan Chanel yang dijumpai dalam surau rumah:

1. Dua kotak mengandungi beg tangan hijau cair
2. Dua kotak mengandungi beg tangan merah jambu.
3. Satu kotak mengandungi beg tangan hijau cair
4. Satu kotak mengandungi beg tangan biru.
5. Satu kotak mengandungi beg tangan beige
6. Satu kotak mengandungi beg tangan biru tua
7. Satu kotak mengandungi beg tangan putih
8. Satu kotak mengandungi beg tangan merah
9. Satu kotak mengandungi beg tangan hijau cair
10. Satu kotak mengandungi beg tangan maroon


35 buah beg tangan dijumpai dalam stor rumah:

1. Empat beg tangan Versace hitam
2. Sebuah beg tangan Versace ungu, hijau dan biru
3. Sebuah beg tangan Versace emas
4. Sebuah beg tangan sulaman Versace merah jambu
5. Sebuah beg tangan Versace biru dan ungu
6. Sebuah beg tangan velvet Gucci biru
7. Sebuah beg tangan kulit Gucci hijau
8. Sebuah beg tangan jalur putih merah / sulaman bunga Gucci
9. Sebuah beg tangan kulit Gucci merah
10. Sebuag beg tangan Gucci merah jambu dan putih
11. Dua buah beg tangan Gucci hitam
12. Sebuah beg tangan Gucci merah
13. Sebuah beg tangan Gucci beige cair
14. Sebuah beg tangan Gucci hijau
15. Sebuah beg tangan satin Oscar De La Renta peach
16. Sebuah beg tangan Oscar De La Renta kulit ular biru ungu
17. Sebuah beg tangan Oscar De La Renta kulit ular peach merah jambu
18. Sebuah beg tangan Oscar De La Renta kulit ular oren
19. Sebuah beg tangan Oscar De La Renta kulit ular kuning
20. Sebuah beg tangan Prada coklat dan beige
21. Sebuah beg tangan Michael Kors oren
23. Sebuah beg tangan Valentino hitam
24. Sebuah beg tangan Dolce Gabbana hitam
25. Sebuah beg tangan Piana Clerico hitam
26. Sebuah beg tangan Louis Vuitton putih
27. Sebuah beg tangan Louis Vuitton kulit ular biru
28. Sebuah beg tangan Louis Vuitton fuschia pink kemerahan
29. Sebuah beg tangan Louis Vuitton peach cair dan coklat kemerahan
30. Sebuah beg tangan Loewe kulit buaya ungu
31. Sebuah beg tangan Chanel merah

Senarai jam tangan mewah yang dijumpai dalam salah satu bilik anak Najib:

1. Rolex Oyster Perpetual Day Date warna perak
2. Jam tangan kulit Rolex Oyster Perpetual Superlative Chronometer Officially Certified Cosmograph
3. Rolex Sky — Oweller Oyster Perpetual Superlative Chronometer warna hitam
4. Rolex Cosmograph Daytona warna perak
5. Rolex Cosmograph warna perak
6. Rolex Oyster Cosmograph warna perak
7. Patek Philippe Geneve warna coklat
8. Richard Mille warna hitam
9. Rolex Oyster Perpetual Superlative Chronometer Officially Certified Cosmograph warna perak
10. Hublot warna biru


Wang tunai yang dijumpai dalam bilik sama:

1. Sejumlah wang bernilai RM537,000
2. Sejumlah wang £2,700 dalam pounds sterling (RM14,520)
3. Sejumlah wang 2.87 juta dalam Sri Lankan rupees (RM72,251)

Dijumpai juga dua beg tangan Roberto Cavalli dalam almari bilik stor di tingkat pertama rumah Datuk Seri Najib.

Fuh! Terbeliak mata baca setiap jenama beg tangan. Boleh buat muzium!

Sumber : MMO

No comments:

Post a Comment