Geledah rumah Najib, peti besi berusia 20 tahun dijumpai!

Advertisemen

Nampaknya ramai yang menanti perkembangan mengenai proses menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur yang dilakukan polis sejak malam tadi.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, polis menemui sebuah peti besi di kediaman berkenaan pagi tadi, namun ianya tidak dapat dibuka.

Peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana kunci peti besi berkenaan telah hilang.


Menerusi laporan Berita Harian Online pula, kunci peti besi yang dianggarkan berusia 20 tahun itu dipercayai hilang dan kehadiran dua tukang kunci itu difahamkan untuk membuka peti besi tersebut.


Walau bagaimanapun, kandungan di dalam peti besi itu masih tidak dapat dipastikan lagi.

Terdahulu, pada 4.40 petang tadi sebuah trak PDRM telah keluar dari perkarangan rumah Najib dipercayai membawa keluar bahan bukti sambil diiringi sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis.

Sumber : mStar Online , Berita Harian Online , malaysiakini
Advertisemen