info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, May 23, 2018

'Fuh, mat salih pandai masak masakan jawa!' -Suami Lana Nodin dipuji netizen


Kalau bulan lalu tular mengenai video dia mendidik anaknya untuk mengemas barang permainan yang bersepah, kini pelakon Lana Nodin sekali lagi menjadi perhatian para peminatnya.

Terbaru, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya berkongsi momen suaminya Mohd Daud McKienzie yang sedang memasak di dapur.



“Hari ni tak masak, cuti. Jadi encik suami la @david_mckienzie yang masak sebab dia berpuasa mengidam nak masak sambal tempe version USA katanya hahaha,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Rakaman video berdurasi seminit itu kelihatan Lana sedang merakam aksi suaminya yang sedang gigih menyiapkan juadah sambal tempe untuk berbuka puasa.



Rata-rata menonton video tersebut memberikan komen betapa bertuahnya Lana kerana memiliki suami mithali serta memuji kesungguhan jejaka yang merupakan pemain bola tampar Amerika Syarikat itu untuk masuk ke dapur!

Pandai suami masak!

Baiknya suami, pandai masak!


Pasangan ini berkahwin pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : Lana Nodin

No comments:

Post a Comment