info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 14, 2018

'Dia nampak saya, cantik dan dia nak cium saya' - Wanita sempat kongsi mesej sebelum dibunuh!


Nak naik teksi pun takut sekarang ni. Mana taknya, banyak betul kes jenayah yang boleh berlaku kepada penumpang teksi. Adoi!

Rupa-rupanya naik teksi di mana-mana pun bahaya. Baru-baru ni seorang wanita dijumpai mati lepas menaiki teksi yang ditempah menggunakan sebuah aplikasi di negara China.

Wanita itu merupakan seorang pramugari

Menurut The Star, wanita berusia 21 tahun itu merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan bajet, Lucky Air di China. Dia dari syarikat Didi Chuxing di Zhengzhou yang dinaikinya pada Sabtu malam yang lepas.


Mangsa sempat mesej rakan sekerja kata diganggu ‘pervert

Mangsa menempah dan menaiki teksi tersebut dari sebuah hotel ke Lapangan Terbang Zhengzhou untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya di Jinan, Wilayah Shandong.

Sebaik dia naik ke dalam teksi tersebut, mangsa mesej rakan sekerjanya dan memberitahu dia “terserempak dengan pervert“.

Orang ni kata saya nampak cantik dan dia nak cium saya. Nasib baik saya tak duduk dekat kerusi depan.”

Risau, rakan sekerja menelefon mangsa untuk mengetahui keadaannya tetapi sewaktu dihubungi, dia mengatakan yang dia okay. Namun, selepas tidak menghadirkan diri ke perkahwinan tersebut, family mangsa laporkan kehilangannya kepada polis.

Pemandu teksi terjun sungai

Dalam kenyataan polis, pemandu teksi yang disyaki membunuh pramugari tersebut telah meninggalkan keretanya dan terjun ke dalam sungai. Sehingga kini polis masih tak dapat kesan pemandu tersebut.

Syarikat teksi tu dah keluarkan kenyataan juga yang dorang sedih dan tak sangka tragedi macam ni berlaku serta menyebabkan pengguna hilang kepercayaan kepada mereka. Syarikat tersebut kemudian menawarkan 1 juta Yuan (kira-kira RM630,000) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan pemandu teksi itu.


Aduhai. Bahayalah sekarang ni. Harap pemandu teksi tersebut akan dijumpai dan keluarga mangsa akan dapat keadilan di atas kematiannya.

Sumber : The Star via lobakmerah

No comments:

Post a Comment