info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 21, 2018

Datuk Seri Khairuddin Lapor 1MDB ke FBI!


Skandal 1MDB makin lama, makin tak boleh dibendung lagi! Kalau dulu, rumah Datuk Seri Najib digeledah, editor Sarawak Report turun ke Malaysia dan terbaru, Justo yang terlibat dalam skandal Petrosaudi bertemu dengan Tun M dalam private meeting. Kini Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada pelakon Umie Aida pulak buat revelation baru!

Menurut Malaysiakini, beliau dah buat laporan terhadap 1MDB kepada Biro Penyiasatan Persekutuan AS atau FBI. Wow! Khairuddin yang dulu pernah ditahan di bawah Akta SOSMA berkata beliau buat laporan tu pada 12 Mei lepas di New York.


Ini petikan daripada posting Facebook beliau:

“Semasa di ibu pejabat FBI di New York; saya turut menulis surat pada Presiden Amerika Syarikat (Donald Trump) untuk memaklumkan beliau mengenai salahlaku (oleh bekas perdana menteri) Najib Razak yang telah menyelewengkan dana kerajaan mahupun duit rakyat Malaysia.

“Pada 26 Februari 2018 saya telah buat laporan baru ke atas bank ANZ di ibu pejabat polis Australia di Sydney kerana bank ANZ tidak memaklumkan kepada pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia serta membenarkan sebahagian penggubahan wang haram RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib Tun Razak dihantar pulang ke Singapura!”




Tambah Khairuddin lagi, pengkhianatan Najib dan konconya dalam menyeleweng wang 1MDB yang bernilai RM40 billion tidak dapat dimaafkan mana-mana pihak. Ia seperti mengkhianati bangsa serta negara.

Namun kini beliau bersyukur lepas 4 tahun, PDRM dan SPRM dah bertindak ke atas laporan yang dibuat pada 2014 dulu.

“Walaupun terlalu lambat PDRM dan SPRM bertindak; namun di bawah kerajaan baru Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya pihak penguatkuasa undang-undang di Malaysia tidak mampu untuk buat penutupan lagi ke atas kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini,” katanya lagi.

Semoga lebih banyak lagi isu-isu serta kes yang belum selesai dibangkitkan dan diselesaikan dengan segera. Untuk membina Malaysia yang baru, negara jugak harus bersih dari segala anasir tak elok.

Salute dengan hero-hero yang sanggup lakukan apa saja demi negara ni!

Sumber : Malaysiakini

No comments:

Post a Comment