info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, May 7, 2018

'Datang nak mengundi, tapi undian dah dibuat' - Anggota polis tu tak dibenarkan membuang undi katanya sebab undian dia dah dibuat !?


Beberapa hari lepas seramai 300,000 polis dan angkatan bersenjata dijangka membuang undi lebih awal daripada rakyat Malaysia yang lain. So dorang pun datang la ramai-ramai nak mengundi, tapi tiba-tiba ada seorang polis ni dihalang dari membuang undi.

Ni bukan admin nak sebar berita palsu, tapi benda ni betul-betul jadi tau! 

Anggota polis tu dah buat laporan polis dah pun dan pihak PDRM sahkan yang siasatan sedang dijalankan.

Datang nak mengundi, tapi undian dah dibuat

Menurut Astro Awani, anggota polis tu tak dibenarkan membuang undi katanya sebab undian dia dah dibuat. Aik?

Polis berusia 38 tahun dari Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi Polis Diraja Malaysia tu pergi ke lokasi mengundi di Bukit Aman hari Sabtu (5 Mei) tapi kemasukan disekat pegawai SPR.


“Kita bincang kat luar”

Datang nak mengundi, tapi tiba-tiba orang kata dia dah mengundi. Tangan pun tak ada tanda dakwat kekal lagi. Bila jadi macam ni, bengang la polis tu. Dia terus buat laporan polis dan kertas aduan tu tular kat media sosial.

“Bila saya sampai Saluran 1, dorang periksa IC dan saya diberitahu yang saya tak boleh mengundi sebab confirm yang saya dah mengundi katanya. Saya tunjuk la jari saya, tak ada tanda dakwat kekal pun,” kata polis tu.


“Lepas tu pegawai SPR tu ambil IC dan bisik kat telinga saya supaya kami bincang kat luar sementara SPR meneliti perkara ni. Dua jam tunggu kat luar Saluran 1, pegawai tu suruh saya bersabar dan tunggu sampai proses mengundi habis.”

Anggota polis tu double confirm pasal ni dengan pegawai SPR dan jawapannya tetap sama. That’s why la dia decide nak buat report polis.


Pelik, kan? Netizen tuduh ada certain pihak nak main kotor. Korang rasa macam mana? Ada yang pernah kena macam ni?

Sumber : Astro Awani via lobakmerah

No comments:

Post a Comment