info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, May 4, 2018

Bila ada orang jual produk pemutih kulit, berduyun-duyunlah orang komen PM, PM!


Bukan main ramai yang tanya pasal injection pemutihan. Terbaru ni berlegar-legar pulak gambar seorang gadis mana entah yang sedang buat drip pada pelanggan. Berduyun-duyun bangsa tidak bersyukur duk komen ‘pm pm pm’.

Menurut pemerhatian abah, gadis yang acah-acah doktor ini nampak macam tidak bertauliah pun. Hatta, seorang doktor bertauliah sekalipun akan diharamkan untuk buat drip dan whitening injection kepada sesiapa. Lesen doktor boleh ditarik balik, kau jangan memain. Kau tahu kenapa?

Pertama. Tiada vitamin C jenis suntikan untuk tujuan kosmetik diiktiraf oleh KKM. Selalunya vitamin C jenis injection ini datang dari negara seberang, Korea atau pun negara-negara luar yang lain. Orang luar negara sana tidak mahu warna kulit yang putih sebab mereka tahu yang kulit tan adalah kulit yang sihat.

Kedua. Bahan yang digunakan. Selalunya bangsa tidak bersyukur ini jenis gelojoh. Disebabkan dia gelojoh mahu putih dia tidak payah kaji bahan apa yang dia sumbat masuk dalam salur darah dia. Jadi hari ini aku nak beritahulah bahan sebenar yang masuk dalam badan kau sampai kau putih macam jenazah ini.

Tranexamic acid. Ini ubat berjadual okay. Hanya doktor sahaja yang dibenarkan prescribe. Selalunya jenis tablet. Jadi bahan ini akan dilarutkan bersama-sama dengan glutathione dan vitamin C atau placenta untuk buat drip.

Ubat ni untuk kawal heavy bleeding macam kau tengah period, doktor akan beri kau makan ubat ini. Bukan suka-suka kau boleh telan. Ubat ini bukanlah ubat pemutih. Kau saja yang bangang pergi percaya. Yang jadi putih tu sebab tu adalah salah satu kesan sampingan ubat iuni. Bukan setakat itu saja, banyak lagi kesan sampingan lain yang korang boleh dapat. Blood clot yang teruk, nausea, muntah-muntah, stroke dan sebagainya.

Tahun lepas ada followers aku sudah kena. Hati dia rosak sebab buat whitening drip. Post itu sudah kena benam sekali dengan akaun aku sudah arwah. Siapa yang sempat baca pasal itu sempatlah. Memang teruk, sampai sekarang hidup bergantung dengan ubat.

Gluthathione. Ini pun selalu juga orang pakai bila buat whitening drip. Kalau di luar negara sesetangah hospital guna gluthathione sebagai ubat kanser. Itu pun pada dos terkawal, tidak boleh bagi ikut suka hati saja. Gluthathione ni doktor = guna untuk kawal sistem imun, cystic fibrosis dan juga masalah paru-paru.

Sama macam tranexamic acid, kesan sampingannya lebih kurang. Paling teruk pun kau jadi arwah. Tapi tidak mengapalah, kau susah-susah sakit sebab mahu putihkan kulit inii nanti pada batu nisan kita tulislah “arwah dulu putih kulitnya”. Tiadalah kau mati sia-siakan?

Jadi kalau kau rasa hidup sudah puas, sudah enjoy, sudah merasa nikmat rumahtangga apa semua. Bolehlah kau buat whitening drip ini. Kita orang yang tidak mahu buat drip ini bukan takut mati, kita orang mahu tengok Sajat mengandung. Jadi kitorang kena teruskan hidup. Nanti adalah askar wataniah keyboard khabar “artis-artis buat tidak mati pun, sihat je”. Haa lantak kau lah, buat lah, buat.

Sumber : Khairul Yoi

No comments:

Post a Comment