info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, May 8, 2018

'Bertudung, tapi tak ikut syariat, ini pesanan WIN Adam Corrie!'


Sekarang ini memang sudah menjadi satu trend kepada wanita berhijab diluar sana untuk tampil bergaya dengan apa cara sekalipun. Tampil dengan imej yang berani dan modern, mereka kini lebih berkeyakinan tinggi untuk menggayakan pelbagai jenis fesyen yang baru.

Namun, dek kerana arus permodenan yang semakin berkembang, mereka semakin lalai untuk berhijab dengan mengikut syariat Islam, yakni melabuhkan tudung dan menutup bahagian dada dan memakai pakain yang longgar.

Terbaru, pelakon Adam Corrie telah memuat naik status di akaun Instagramnya dengan memberi sedikit pesanan yang ringkas kepada mereka yang gemar ‘membalut’ tengkuk dan memakai tudung yang singkat.

Status yang dimuat naik oleh Adam.

Jangan tag sesiapa , sebut nama sesesiapa dan brand sesesiapa dgn tujuan nak buat org lain terasa dan diaibkan. Itu bkn cara Rasulullah SAW berdakwah . . “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), . . “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59) . Kita fahamkan ayat yg Allah turunkan ini, ayat ini ditujukan pada para suami dan bapa. Para suami dan bapa bertanggungjawab memastikan isteri dan anak2 perempuannya berpakaian yg mengikut syariat. . Lelaki dan wanita kena saling membantu menjaga maruah diri dan keluarga. . . .“Sesunggunya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar (dari rumahnya), syaitan akan menjadikan dia cantik (pada pandangan lelaki). Dan dia akan jauh daripada kasih sayang Allah Taala melainkan apabila dia berada di dalam rumahnya.” [Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban] . Sebagai lelaki, sy kena tundukkan pandangan utk elakkan dpt dosa. Itulah ujian utk kami kaum adam. . Tak perlu tag kawan-kawan kalau nak tegur mereka. Nak tegur kawan-kawan biarlah berhikmah.. jaga air muka kawan-kawan kita. Kita tutup aurat sempurna bkn hak utk mengaibkan kawan kita. . Kita bkn nak mengumpat dan aibkan sesiapa. Yang tag nama-nama , sy akan delete ye 😁😁😁😁😁😁 . Doakan mereka itu lebih baik daripada mengaibkan mereka. . Hidayah itu milik Allah . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang ❤️ #adamcorrie #tertanyatanya #sayaArtisBukanUstaz
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on


Menerusi caption Adam, beliau hanya memberi sedikit pesanan dan tidak berniat mahu membuka aib mana-mana pihak. Beliau juga turut mengemukakan beberapa hadis Rasulullah S.A.W sebagai memberi peringatan kepada golongan tersebut. Pelakon yang sering memegang watak antagonis itu juga menyifatkan bahawa lelaki diluar sana perlu menundukkan pandangan mereka daripada melihat wanita yang berpakaian menjolok mata kerana ia merupakan satu ujian bagi kaum lelaki.

Tambahnya, sekiranya mahu menegur, tegurlah dengan cara yang baik dan bukannya menghina.

Tidak dinafikan bahawa mereka tampak manis apabila mengenakan hijab tetapi tidak menepati syarak dalam Islam.


Sumber : adamcorrielee

No comments:

Post a Comment