info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, May 20, 2018

Bawa mangkuk tingkat ke bazaar dan derma duit raya, ini kisah Raja Muda Selangor yang berjiwa rakyat!


Bila tiba bulan Ramadan, ada sahaja kisah lucu mahupun duka yang dikongsikan oleh para selebriti tanah air di laman media sosial masing-masing. Namun tidak terkecuali bagi kerabat diraja di negara ini, sudah tentu kisah mereka ingin diketahui oleh rakyat jelata.

Ramadan kali ini, anakanda kedua Sultan Selangor iaitu Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah

telah memuat naik sekeping gambar ‘throwback’ bersama abangnya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di laman Instagram miliknya.


#sayno2plastic ! ✅ 2 years ago my brother @rmselangor and I took our tiffins to the Bazaar Ramadan in Shah Alam. As you know I do this when I go to food trucks and pasar malam. Please folks bring your tiffins /Tupperwares and drink tumblers and metal straws to the Bazaars when you go ! I urge you that we must #endplasticpollution and not contribute more waste and more plastic during this month of Ramadan. This is the easiest thing for you to do to help our community, help our planet! We must all be responsible and mindful of our actions. Thank you and selamat berpuasa and Salam Ramadhan. ❤️❤️❤️πŸ™πŸ»✨❤️πŸ’›πŸ‡²πŸ‡Ύ #sayno2plastic #stopsingleuseplastic #reducewaste #endplasticpollution #stoplittering #bringtiffins #bringowncontainer #beatplasticpollution #ecofriendly #tiffin #mangkuktingkat ♻️πŸš―πŸ’šπŸ’šπŸ’š #selangor
A post shared by Zatashah (@zatashah) on


“#sayno2plastic ! 2 years ago my brother @rmselangor and I took our tiffins to the Bazaar Ramadan in Shah Alam. As you know I do this when I go to food trucks and pasar malam.

“Please folks bring your tiffins / tupperwares and drink tumblers and metal straws to the Bazaars when you go! I urge you that we must #endplasticpollution and not contribute more waste and more plastic during this month of Ramadan.

“This is the easiest thing for you to do to help our community, help our planet! We must all be responsible and mindful of our actions. Thank you and selamat berpuasa and Salam Ramadhan,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.


Puteri Sultan Selangor itu mengimbau kembali kenangan ketika hadir di bazar Ramadan di Seksyen 13, Shah Alam pada dua tahun lalu dengan membawa mangkuk tingkat ketika membeli makanan kegemaran mereka.

Tindakan membawa mangkuk tingkat sendiri itu adalah untuk mengelakkan penggunaan pembungkus plastik serta bagi memastikan persekitaran bersih dan mesra alam.

Sementara itu, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah juga berkenan menyampaikan dua sumbangan buat anak-anak yatim baru-baru ni.


Antaranya ialah program Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAAS) di Tanjung Kling, Melaka.



Manakala hari ini telah berlangsung penyampaian sumbangan Aidilfitri berjumlah RM67,800 kepada anak-anak yatim di daerah Kuala Selangor.



Respek Raja Muda Selangor ni kan! Tidak ubah seperti ayahandanya, sifat keprihatinan sentiasa menjadi keutamaan buat rakyat di negeri Selangor.

Sumber : Zatashah , Yayasan Islam Darul Ehsan , Utusan Online

No comments:

Post a Comment