Bantah pembukaan kedutaan US di baitulmaqdis, sekurang-kurangnya 55 orang warga palestin maut ditembak tentera israel!

Advertisemen

Pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmuqadis diwarnai darah apabila sekurang-kurangnya 55 nyawa rakyat Palestin gugur ditembak tentera rejim Israel dalam tunjuk perasaan di Gaza, di anggap sebagai terburuk sejak berakhirnya konflik di wilayah terkepung itu.

Kurang 50 batu daripada kedudukan di mana Ivanka Trump dan beberapa orang lagi kenamaan AS berkumpul dalam acara perasmian pembukaan kedutaan tersebut, sempadan Israel-Palesti bertukar menjadi medan pertempuran apabila ribuan penunjuk perasaan bertembung dengan penembak hendap tentera Israel.

Rejim Israel dalam satu kenyataan memberi alasan bahawa tembakan itu dibuat bagi menghalang pejuang Hamas menggunakan orang ramai untuk mengalihkan arah sebelum menceroboh masuk ke dalam wilayah Israel dan membuat serangan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Palestin melaporkan mereka yang terkorban terdiri daripada penunjuk perasaan yang tidak bersenjata dan menuduh bahawa Israel telah menjalankan kempen 'pembunuhan menakutkan'. Mereka turut mendesak campur tangan antarabangsa bagi menghalang tindakan ganas Israel berleluasa.



Walaupun pembukaan tersebut turut diselubungi dengan tragedi, Donald Trump menganggap bahawa ia adalah hari penuh bersejarah untuk Israel. Malah, beliau yakin langkahnya untuk memindahkan keduataan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqadis adalah tepat dalam usaha membantu mewujudkan keamanan antara Israel dan Palestin.

''Sebelum ini kami gagal untuk memberi pengiktirafan selayaknya. Hakikatnya, Baitulmuqadis adalah ibu kota Israel.

''Harapan terbesar kami adalah keamanan dapat diwujudkan. AS kekal komited untuk mewujudkan perjanjian damai berpanjangan untuk kedua-dua pihak,'' katanya dalam satu video.

Downing Street dalam satu kenyataan menyifatkan pembukaan kedutaan tersebut sebagai ''tidak membantu dalam usaha mewujudkan keamanan''. Malah, ramai pemimpin dalam kalangan negara Arab dan dunia Islam menentang keputusan Trump tersebut.

''Kerajaan AS memilih untuk menjadi sebahagian daripada masalah, bukannya penyelesaian. Langkah terbaru ini bukti bahawa mereka sudah kehilangan peranan dalam rundingan damai,'' kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.




''Apa yang berlaku hari ini di Gaza dan Tebing Barat adalah mengejutkan. Kehilangan nyawa dan jumlah mereka yang tercedera dalam kalangan rakyat Palestin adalah sesuatu yang tragik, dan wujud kerisauan jumlah yang terkorban akan terus meningkat,'' kata Menteri Bagi Hal Ehwal Timur Tengah United Kingdom, Alistair Burt.

Manakala Setiausaha Media Rumah Putih, Raj Shah menyalahkan warga Palestin dan menyatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahan wilayahnya.

''Hamas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian berdarah ini. Mereka secara berterusan mengadakan provokasi.

''Ia adalah satu cubaan propaganda yang mengerikan dan malang. Kami fikir Israel sudah sedaya upaya cuba menangani situasi ini tanpa menggunakan kekerasan,'' ujarnya lagi memberi dalih.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu laporan rasmi mendedahkan bahawa 6 orang kanak-kanak bawah 18 tahun adalah antara mereka yang terkorban. Ezzaldeen al-sammak, 14, merupakan magsa yang paling muda. Manakala sekurang-kurangnya 1200 orang lagi mengalami kecederaan akibat ditembak.



Hingga kini, jumlah keseluruhan yang terkorban sejak protes meletus mencapai 100 orang. Isarel Defence Force (IDF) dalam satu kenyataan menganggarkan seramai 40,000 orang warga Palesti berkumpul dan mengadakan protes di 13 lokasi berbeza yang menjadi sempadan Israel dan Palestin.

Pemerhati Hak Asasi mengkritik tindakan Israel menggunakan peluru hidup bagai mengawal protes yang dibuat sedangkan tidak ada sebaran ancaman terhadap pasukan Israel yang berkawal. Polisi yang diamalkan Israel menjadikan ''tragedi berdarah itu sebagai sesuatu yang sudah dijangka''.





Advertisemen