info-info menarik !

Breaking

Friday, May 4, 2018

'Asal dilabel makanan sunnah, bab kesihatan tolak tepi, meronta-ronta bani Melayu nak beli '


Bukankah sudah diberitahu?

Beberapa kali post saya sebelum ini, menekankan pilihan yang baik untuk anak-anak. Pilih susu yang baik. Pilih makanan yang baik. Cheat day tu okaylah sekali sekala, tetapi kalau hari-hari pun cheat day?

Mak ayah tidak mahu susah. Malas nak berperang atau terpedaya dengan iklan-iklan tv ataupun merasakan ilmu-ilmu parenting tak penting. Saya pun tidak faham mengapa


Di sini saya sajikan gambar gigi pesakit saya yang baru berumur 3 tahun. 

Giginya semua sudah rosak! Semua okay!

Saya tanya mak dia, “Kenapa teruk sangat rosak gigi?”

Dia balas, “Sebab dia minum ‘[email protected]@’, dia tak mahu susu yang lain. Dia tidur pun mesti nak kena minum kurma*^#% ni. Sehari wajib 6 botol!”


Sebelum ini saya pernah berkongsi sebuah post, berapa kandungan gula yang terdapat di dalam ‘kurma$&@’ (bukan nama sebenar). Ternyata, kandungan gula yang banyak sangat membahayakan untuk manusia.

Namun, susah untuk educate ibubapa. Kenapa suka beli benda (minuman) itu?

Adakah disebabkan terkandungnya kurma? Sebab murah? Atau sebab anak suka? Orang yang menjual produk ini kadang-kadang hanya nak tarik perhatian pelanggan sahaja. Berapa percent sahaja kurma yang terdapat di dalam produk minuman tersebut. Kurma itself sudah cukup manis. Kemudian, ditambah lagi gula? Mana anak tak ketagih gula.


Kesian anak ini, hari-hari menangis disebabkan sakit gigi.

“Itulah doktor, saya ingat nanti saya cuti ni nak bawa anak datang dekat sini. Nak cabut semua gigi dia.”

Nak cabut semua? Cuba awak pergi cabut gigi sebatang. MC berapa hari? Inikan pula awak mahu cabut ke semua gigi itu sekali gus. Well done mother!

Sebenarnya, banyak penyakit yang terjadi disebabkan gula bagi kanak-kanak seperti kesan anak sukar fokus dalam task, boleh lead to hyperactive disorder, anak boleh dapat kencing manis lebih awal dan lain-lain lagi. Malahan, ada pesakit saya yang ketagih dengan gula di mana waktu dia sakit itu mesti nak minum air bergas. Budak tersebut baru berumur 8 tahun dan ibunya bekerja di restoran. Entahlah!

Kadang-kadang masyarakat kita kalau disajikan dengan iklan makanan sunnah, diiktiraf Rasulullah, dari Mekah dan dalam Al-Quran. Tanpa selidik dan tanpa dikaji, mesti mahu membelinya.


Saya bukan anti makanan sunnah tetapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “makanan sunnah” ini ke Pusat Racun Negara. Ia terbukti mengandungi steroid dan beberapa bahan terlarang lagi. Bukan sekali kes-kes seperti ini berlaku.

Jikalau mahu makan kurma, pergilah dapatkan kurma yang asli. Kalau nak makan buah zaitun tin, pergilah beli buah zaitun itself. Mengapa mahu dicampur adukkan perisa dan ditambah dengan stabilizer dan dijadikan amalan? Adakah disebabkan ianya senang? Senang, dalam satu sudu ada 23 herba dan makanan sunnah, kan? Hebat betul!

Sekarang semuanya di hujung jari. Bukan check namanya kalau tak tahu tanya. Kami kan ada? Kami sedia membantu.

Sumber : Hannani Murni Indah Kamarudin

No comments:

Post a Comment