info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, May 17, 2018

17,000 pekerja kontrak kerajaan yang dibuang kerja sebelum Hari Raya petanda kifarah?


Semenjak menduduki kembali tampuk pemerintahan, kehidupan Tun Mahathir bergelar sebagai seorang Perdana Menteri memang sentiasa sibuk dengan agenda dan pelan-pelan yang perlu dilaksanakan.

Terbaru, Tun Mahathir telah mengumumkan untuk menamatkan kontrak pekerja kerajaan yang telah dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas politik dalam perkhidmatan awam sebelum ini.

Pengumuman yang dibuat di dalam sebuah sidang media itu telah disambut baik oleh sebilangan netizen yang menyifatkan keputusan Tun Mahatir itu adalah tepat kerana ia dianggap balasan buat petugas-petugas politik ini yang menerima ganjaran besar ketika di dalam kepimpinan Najib.

Tambahan lagi, mereka ini hanya melakukan tugas-tugas parti politik sahaja dan bukannya seperti penjawat awam yang lain.

Tidak puas hati dengan tindakan dan keputusan Tun M itu, beberapa orang yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka telah memuat naik sekeping gambar dengan menyertakan kapsyen yang bernada sinis terhadap kerajaan.

Itulah, dulu pakai cable…

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen di Twitter menyatakan pendapat mereka bahawa keputusan dan tindakan kerjaan Pakatan Harapan itu sememangnya patut dilakukan.

Tak payah buat ayat kesian.

Eloklah tamat.


Tahun lepas beribu pekerja dibuang, tak ada bising pun.


Tiada faedah untuk agama, bangsa dan negara.


Sepatutnya sudah sedia maklum.


Lain naik top list, lain yang dapat.


Sumber : Amazing Nara

No comments:

Post a Comment