info-info menarik !

Breaking

Monday, April 23, 2018

(VIDEO) 'Kontraktor tak kisah disaman' - Dua buah kenderaan nyaris kemalangan di Jalan Mersing!


Pemandu yang duduk di sekitar kawasan Mersing, admin nak nasihatkan berhati-hatilah kalau lalu jalan ni!

Awal pagi tadi (23 April), dua buah kenderaan nyaris kemalangan di Jalan Mersing-Nitar 1 selepas kereta yang dibawa mangsa terbabas masuk longkang di bahu jalan. Menerusi perkongsian pengguna Facebook Sabri Azimi, dua buah video telah dimuat naik menunjukkan keadaan kereta yang terbabas dan mangsa yang trauma selepas menghadapi kemalangan.


Hanya guna lampu basikal sebagai tanda amaran

Menurut Sabri, kemalangan ni berpunca daripada sikap kontraktor jalan yang tak pentingkan keselamatan pengguna jalan raya. Uishh boleh pulak dia main-main dengan nyawa orang. Bahaya ni!

“Inilah akibatnya jika buat kerja tak ikut SOP (Standard Operating Procedure). Untung ratus ribu tapi cuma pakai dua biji lampu basikal sebagai tanda amaran. Seronok ye kira duit untung sampai tak boleh nak fikir keselamatan orang awam,” tulis Sabri.


Jelas Sabri di dalam postingnya jugak, dua kemalangan telah berlaku di lokasi yang sama dengan kemalangan pertama berlaku jam 4.30 pagi dan kemalangan kedua, seperti terpapar dalam video pulak berlaku jam 7.15 pagi. Aduh ngeri!
Nyaris-nyaris sebiji motor nak kena gilis dengan treler. Signboard pasang pada jarak tak sampai 30 meter dari jarak tapak projek dengan hanya berbekalkan dua biji lampu basikal?” jelas Sabri.


 

Kontraktor tak kisah disaman

Gambar lelaki berseluar pendek yang dikatakan kontraktor bagi projek baiki jalan tu jugak ada dimuat naik dalam posting ini. Menurut Sabri, orang awam di sekeliling yang membantu ada menghubungi pihak kontraktor dan ingin settle masalah ni dengan cara yang baik. Namun yang keluar dari mulut kontraktor hanya alasan dan tak mau mengaku kesalahan. Alahai!


“Siap cakap tak kisah kalau nak saman. Besar kepala sangat tak nak mengaku kesalahan. Pastu call PDRM dari jam 5 pagi sampai nak jam 8 pagi tak sampai-sampai,” kata Sabri lagi. Aikk lama benor PDRM nak sampai!

Ramai netizen mengaku hampir kemalangan di jalan sama

Posting yang dimuat naik dalam jam 9.30 pagi tu telah menarik perhatian ramai netizen yang meluahkan rasa tak takut dan marah dengan sikap kontraktor cap ayam yang tak fikir tentang keselamatan pengguna jalan raya.




Malah ada jugak yang menjelaskan, kontraktor ni pada asalnya mengorek jalan tersebut untuk diturap semula. Untuk mengisi lubang yang dikorek, batu-batu kecil diratakan dan dibiar sehingga tiga hari tanpa sebarang signboard dan hanya berpandukan lampu basikal yang kecil. Ramai jugak yang mengaku mereka hampir-hampir kemalangan kat situ. Menyusahkan betullah!




Apa-apapun korang berhati-hatilah kalau melalui jalan sekitar Mersing terutamanya Jalan Mersing-Nitar 1 ni. Bawa dengan berhemah dan pastikan tidak memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan.

Nasib baik ada orang dah standby nak bantu kalau terlibat dalam kemalangan. Kalau sorang-sorang memang trauma!

Sumber : Sabri Azimi via lobakmerah

No comments:

Post a Comment