info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, April 22, 2018

'Video Kantoi!' - UberEats Curi Iphone Pelanggan Masa Hantar Makanan!


Dunia sekarang makin canggih. Banyak benda-benda baharu yang dihasilkan oleh sesetengah orang, and benda itu boleh dikatakan 100% memudahkan kerja seharian kita. Contoh paling dekat sekali Grab dan UberEats. Siapa-siapa yang malas nak drive sendiri, boleh je call Grab. Yang nak makan tapi malas nak keluar tu pulak, haa boleh mintak UberEats hantarkan makanan. Namun ada sesetengah pekerja dari Grab atau UberEats ni ambil kesempatan dekat pelanggan-pelanggan dorang ni.

Macam kes yang baru terjadi pada Sabtu lepas di Singapura dalam jam 9 malam. Menurut Stomp, kejadian ini berlaku dekat salah sebuah kedai makan kat sana. CCTV berjaya merakam tindak tanduk lelaki ini, yang dipercayai pekerja UberEats, yang dengan muka selambanya curi Iphone 7 milik salah seorang pekerja dekat kedai itu, iaitu Tiara.



“Lelaki ini datang bukan sebab nak ambil makanan je, tapi sebab nak ‘ambil’ phone saya jugak”

Difahamkan, lelaki itu datang dekat kedai makan tersebut untuk ambil makanan yang dah dipesan oleh pelanggan untuk dihantar. Kali pertama dia datang, dia tinggalkan makanan dan phone dia atas Iphone 7 tu. Then tak lama lepas itu, dia datang balik sebab nak suruh pekerja kat situ tukar plastik bag dorang.

“Saya tahu dari awal lagi dia memang dah perasan phone saya kat atas counter tu”


 

Kata Tiara, lelaki itu saje je suruh dia tukar plastik bag tu sebab nak kaburkan aktiviti dia tu. Lepas settle je semua, lelaki tu pun pergi hantar makanan. Tak lama lepas itu, dalam jam 9.10 malam, baru dia perasan yang phone dia dah tak ada kat atas counter.

“Lepas saya perasan je phone saya takde, cepat-cepat saya tengok CCTV. Melalui CCTV itu, dalam pukul 9.08 malam, lelaki tu dah berjaya ambil phone saya dengan letakkan kotak pizza kat atas phone saya sebab tak nak saya perasan”



Menurut Tiara lagi, dia cuba call number phone dia tapi tak berjaya. Dia cuba nak cari lokasi phonenya dengan guna Find MyIphone apps pun still tak berjaya. Cehhh laju betul mamat tu buat kerja! Dia cuba call number lelaki tu yang dia dapat masa berurusan tadi pun still tak berjaya.

So cara terakhir yang Tiara boleh buat cuma report dekat polis. Difahamkan ini bukan pertama kali kes curi mencuri oleh pekerja UberEats. Ceitt patutlah! Mesti dah biasa ni!

Cuba lah buat kerja itu dengan cara yang elok, tak menyusahkan orang. Tak boleh ke hah?

Sumber : Stomp via lobakmerah

No comments:

Post a Comment