info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Wednesday, April 25, 2018

'Tokei CC paling bengap!' - Kerusi customer duduk patah, tapi aku pula....


Siapa yang tak bengang bila ada bos tak reti bahasa dan bila diterangkan pulak, tak mahu menerima.

Baru-baru ni seorang individu bernama Zhafir telah meluahkan perasaan tak puas hati di Facebook mengenai bos di tempat kerjanya di sebuah cyber cafe (CC) kerana tindakan yang dilihat tidak wajar dilakukan hanya kerana sebuah kerusi yang terpatah sewaktu sedang digunakan customer.


Zhafir tak puas hati sebab dah lah customer tu jatuh daripada kerusi yang terpatah, lepas tu kena bayar ganti rugi pulak. Kalau customer tak nak bayar, duit gaji Zhafir pulak yang dipotong.

Zhafir pada awalnya cuba terangkan pada bosnya yang kerusi tu patah sendiri dan bukannya disebabkan perbuatan customer berkenaan. Mengikut undang-undang, customer tersebut tak perlu bayar apa-apa.


Bos tak nak terima penjelasan Zhafir

Nampak kurang bijak sikit bila bosnya nak jugak ada yang bertanggungjawab di atas kerosakan tu dan berikan pelbagai alasan nak RM30 tu sebagai ganti rugi. Dia juga menganggap Zhafir tak memahami cabaran dalam mempunyai kedai sendiri.





Zhafir redha RM30 ditolak dari gaji

Bila Zhafir dah redha RM30 ditolak dari gajinya, bosnya pulak terus menghamburkan tuduhan mengatakan yang Zhafir tidur sewaktu bekerja dan menggunakan internet secara percuma tanpa mengucapkan terima kasih.


Bos ni pun siap kata yang perangai Zhafir adalah punca takde orang nak ambil dia bekerja. Amboi! Dia siap ugut Zhafir, tak perlu datang kerja kerana Zhafir mempunyai perangai yang suka melawan.



Bengang, Zhafir turut melaporkan dekat polis pasal bosnya sebab dah aniaya pekerja dan customer. Dia juga mengingatkan bosnya kerana layanan sebegini, tak hairanlah ada pekerja yang mencuri duit daripadanya.


Benda yang tak sengaja kenapa perlu dipanjangkan. Sepatutnya bos tu kena ada simpanan emergency untuk ganti barang yang rosak. Nasib baik customer tak tercedera masa jatuh. Kalau tak siapa saman siapalah agaknya.

Harap kes ni selesai dengan baik.

Sumber : Facebook via lobakmerah

No comments:

Post a Comment