info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, April 26, 2018

'Terlalu Besar' - Wanita Ini Potong Sendiri Payudara Di Rumah!!


SEORANG ibu dengan tiga anak dilaporkan melakukan pembedahan pembuangan implan payudara sendiri di rumah dan pertama di dunia gara-gara tidak mampu menanggung saiznya yang besar.

Tonia Rossington, dari Skegness, Lincolnshire, United Kingdom menjalani prosedur pembesaran payudara di Brussels, Belgium lebih 14 tahun lalu, menyaksikan saiz payudaranya bersaiz 36B membesar kepada saiz 36F.

Pada masa itu, nampak payudara besarnya kelihatan semula jadi, tetapi beberapa tahun kemudian, berat badannya susut dan dia mula tidak menyukai payudaranya sendiri.

Dia melihatnya sebagai pelik dan baru menyedari bahawa tidak mampu menanggungnya untuk sepanjang hayat. Dia mula buat pertimbangan tentang pilihan yang ada dan akhirnya memutuskan perkara terbaik untuk dilakukan iaitu mengeluarkan implan itu sendiri.

“Saya akan menutupnya, memakai coli ketat dan baju leher tinggi. Tetapi dua tahun lalu saya benar-benar serius mahu membuangnya,” kata wanita berusia 49 tahun itu kepada media Britain.

“Ia menjejaskan mental dan fizikal saya. Saya sentiasa cuba menutupnya,” katanya.


Setahun lalu, setelah mengetahui bahawa dia tak mampu membiayai pembedahan untuk mengeluarkan implan yang berharga £3,000 (RM16,400), Rossington menulis kepada doktornya, memberitahu bahawa implan itu menyebabkan masalah kesihatan mental buat dirinya dan dia sedang mempertimbangkan untuk buangnya sendiri.

Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK hanya melakukan pembedahan secara percuma dalam kes yang teruk, contohnya jika implan pecah. Bagaimanapun pesakit perlu berdepan senarai menunggu yang sangat panjang, tetapi Rossington benar-benar tidak dapat bersabar.

Jadi dia mula berfikir dengan lebih serius untuk melakukannya sendiri.

Mula-mulanya, dia melakukan carian di Google dan mengetahui bahawa hanya seorang wanita lain yang pernah mencubanya sebelum ini sebelum dibawa ke hospital.

Tetapi itu bukanlah menjadi galakan kepadanya. Metro melaporkan bahawa dia telah melihat tutorial tentang bagaimana melakukan pembedahan di rumah dan kemudian membeli pisau berharga kira-kira RM5 dan memutuskan untuk membuangnya semasa suaminya sedang bekerja.

“Saya naik ke atas, saya melihat cermin di depan saya. Saya duduk seketika dan berfikir untuk memotong sedikit bagi mengetahui adakah ia menyakitkan.

“Saya meletakkan ais di bawah bekas parut. Saya mengangkat payudara saya dan meletakkan ais di situ selama lima minit sehingga saya tidak tahan lagi. Selepas itu saya mencubit sedikit kulit dan tak rasa apa-apa. Saya ambil pisau dan saya melakukan sedikit pemotongan pada tisu parut asal tetapi tak rasa apa-apa.

“Saya fikir oh, ia tidak menyakitkan. Hebat!” katanya.

Dia menerangkan prosedurnya dengan terperinci, dari bagaimana dia mengesan garis parutnya, berhati-hati supaya tidak terkena sebarang urat atau arteri utama sehinggalah bagaimana dia dapat merasakan bahawa terdapat sesuatu seperti jeli dan akhirnya menolak keluar implannya.

Rossington kemudian membalut sementara bahagian bawah payudaranya, memakai coli untuk mengekalkan kedudukannya dan memandu secara santai ke Hospital Pilgrim di Boston, Lincolnshire.

Setibanya di sana, dia dalam keadaan menggigil menyerahkan satu nota kepada petugas di kaunter kecemasan memperincikan apa yang telah dilakukan.

Doktor kemudian membuat rawatan susulan di mana salah satu implannya telah pecah, mengeluarkan sisa silikon, menukar balutannya dan beberapa jam kemudian membenarkan dia pulang tanpa jahitan.

“Sekarang saya gembira ia sudah tiada,” katanya baru-baru ini.

“Saya jujur, ia tak nampak cantik, banyak kulit kendur, tetapi saya tak akan melakukan implan lagi. Ia adalah kesilapan terburuk yang pernah saya buat.

“Saya nak beritahu satu perkara, jangan lakukan implan, anda akan menyesal,” katanya.

“Anda dibayar untuk memasukkannya, jadi anda perlu membayar untuk mengeluarkannya.”

Pakar bedah plastik Dr. Naveen Cavale, dari Persatuan Pakar Bedah Plastik Estetik British, memberitahu Daily Mail bahawa wanita ini sangat bertuah kerana berjaya melakukan pembedahan implan payudara bersendirian.


Prosedur ini membawa risiko jangkitan yang besar, apatah lagi jika ia terkena arteri.

Mengenai wanita berusia 49 tahun itu yang mampu menanggung kesakitan memotong payudara sendiri, Cavale berkata pembedahan terdahulu mungkin menjejaskan saraf di pangkal payudaranya yang menghalangnya daripada berasa sakit.

Rossington pastinya bukan orang pertama yang melakukan pembedahan pada diri sendiri. Beberapa tahun yang lalu, dilaporkan seorang jurutera membedah dirinya sendiri untuk mengeluarkan lapan milimeter jahitan yang ditinggalkan oleh pakar bedah di dalam tubuhnya, beberapa tahun sebelum itu.

No comments:

Post a Comment