info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, April 26, 2018

'Sukar Bercakap' - Terkena penyakit misteri, kesihatan pelakon Mr. Grey semakin teruk


KEADAAN kesihatan tonggak utama drama drama, Mr. Grey iaitu Fendy Bakry yang dilaporkan mengalami penyakit misteri kini semakin merosot.

Memetik kenyataan kakak kepada Fendy yang hanya ingin dikenali sebagai Fahaniza menjelaskan keadaan pelakon itu semakin lemah dan tidak mampu bercakap dengan jelas.

“Maaf… Fendy tidak boleh jawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap. Keadaannya juga lemah selain pergerakan terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh,” katanya dipetik mStar online.

Menurut Fahaniza lagi, Fendy kini berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan pengubatan Islam bagi mencari punca berlakunya penyakit tersebut.

“Setakat ini kami (keluarga) sudah membawanya menjalani beberapa pakar rawatan perubatan Islam namun keadaannya masih sama.

“Insya-Allah kami akan terus berusaha dan saya bagi pihak keluarga juga berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan Fendy,” ujarnya.



Sementara itu, produser Global Station Sdn. Bhd. yang merupakan penerbit drama bersiri tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa pula berkata, sebelum ini Fendy pernah dikejarkan ke hospital sekitar tiga minggu lalu.

Katanya, pihak produksi mengaku terkejut dengan tahap kesihatan pelakon berkenaan namun memuji kesungguhan Fendy yang tetap kuat bagi menghabiskan baki penggambaran.

“Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesihatannya yang agak teruk dan kami terpaksa menangguhkan penggambaran selama seminggu kerana Fendy dimasukkan ke hospital.

“Namun saya puji dia kerana tetap menggagahkan diri bagi menyelesaikan penggambaran walaupun keadaannya belum benar-benar pulih.

“Besar harapan saya agar keadaannya kembali pulih kerana dia mempunyai bakat besar dan boleh pergi jauh sebagai pelakon,” kata Zaiton.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mula mengalami sakit kepala dan badannya juga lemah sehingga tidak mampu untuk membuat apa-apa pekerjaan ketika menjalani penggambaran.

Disebabkan itu, pelakon berkenaan kini sedang menjalani rawatan alternatif dengan berubat cara kampung di kediaman keluarganya.

Ramai para peminat turut mendoakan kesihatan dirinya! Semoga Fendy cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment