info-info menarik !

Breaking

Wednesday, April 25, 2018

'Seriously Lofa?' - Promosi produk tambah tinggi, 4 pegawai perubatan tegur Neelofa


Gara-gara memuat naik gambar dirinya mempromosi produk makanan tambahan bagi menambah ketinggian, pelakon dan pengacara Neelofa ditegur oleh empat pegawai perubatan. 

Terdahulu, Neelofa melalui Instagramnya memuat naik gambar mempromosi produk tersebut dengan kapsyen: 



"Looking for ways to increase your height? ******** can help you to achieve this! Of course for faster results, you guys have to execise too! Simple streching at home with ******** can improve your height! Visit ******** for proven testimonials and free consultation!" 

Perkara itu kemudian tersebar di media sosial dan menarik perhatian tiga pegawai perubatan untuk membuat teguran terhadap Neelofa. 

"Sebagai seorang doktor, saya menggalakkan selebriti Malaysia untuk lebih berhati-hati apabila mempromosi produk di media sosial. 

"Jika anda tidak tahu apa kesan dan risikonya, mintalah nasihat. Tolong jadi lebih bertanggungjawab memandangkan anda mempunyai peminat dan pengikut yang sentiasa memerhatikan anda, terima kasih," kata Dr. Amalina. 



Pakar jantung, Doktor Beni Rusani yang juga dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai isu itu memberikan penjelasannya. 

"Dari sudut sains dan perubatan, tiada pil atau makanan tambahan yang boleh menambahkan ketinggian manusia kecuali high heels," katanya. 

Doktor Rafidah Abdullah dan Doktor Sazone juga menegaskan maklumat yang disiarkan di Instagram Neelofa itu tidak betul. Ini kerana anggaran tumbesaran ketinggian bagi lelaki terhenti sekitar 21 tahun, manakala 18 tahun bagi wanita.



Ramai artis promosi produk yang sama
Dalam pada tu, Dr Beni jugak ada memuat naik posting seorang ‘artis’ yang <em>back up</em> Neelofa dengan mengatakan kononnya dia pun pernah mencuba produk ni dan ia memang betul-betul berkesan! Emm cane ni?

Malah bukan Neelofa je yang dah pernah promosi produk yang sama. Selebriti macam Aiman Hakim Ridza dan Fattah Amin jugak pernah promote produk dengan konsep yang serupa. Aik? Bukan ke artis ni semua dah sedia tinggi. Nak tinggi macam mana lagi?



Macam mana pun, lepas posting yang dimuat naik Neelofa ni viral dan jadi bahan kecaman orang ramai, pelakon yang pernah terkenal dengan drama Suri Hati Mr Pilot ni terus delete posting Instagram tersebut.

Sebagai seorang artis yang menjadi idola ramai, admin harap Neelofa siasat dulu betul-betul produk apa yang sesuai untuk dipromosi. Takut-takut hal ni berulang lagi dan kredibiliti dia sebagai seorang yang disegani jatuh macam tu je.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak membeli sebarang produk timbang kilo yang tidak diketahui bahan dan kesan sampingannya terhadap pengguna. Juga diingatkan untuk tidak percaya sebarang testimoni yang ditunjukkan kerana kebanyakan testimoni tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata bagi menyakinkan pembeli. 

Sian pulak kat Lofa. Apa saja dia buat mesti kena kecam. Harap lebih careful lagi ye, Lofa!

No comments:

Post a Comment