info-info menarik !

Breaking

Tuesday, April 24, 2018

'Sedia jadi budak kampung' - Shahrol Shiro tinggalkan kerjaya di KL untuk balik JB


Akibat menghidapi penyakit sinus atau resdung yang kritikal, pelawak, pelakon dan penyampai radio Shahrol daripada kumpulan Shiro selamat menjalani pembedahan hidung pada bulan lalu.

Kini, pemilik nama penuh Shahrol Azizie Azmi itu telah pulih sepenuhnya dan kembali bertugas sebagai penyampai radio di stesen Best FM di Johor Bahru.
Namun menurut laporan mStar Online, dia tidak menyesal apabila meninggalkan kerjaya seninya di ibu kota Kuala Lumpur apabila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Johor sejak Disember tahun lalu.




Pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang itu berkata, dia percaya rezeki Allah itu luas dan boleh diperolehi dimana-mana serta sebagai manusia biasa dirinya hanya perlu yakin dengan perkara tersebut.

Tambah Shahrol, keputusan itu berbaloi kerana kini dia mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga serta mendekatkan diri dengan peminat di negeri kelahirannya itu.

Suami kepada Nor Farhanah Syamimi itu turut menambah, setelah tiga kali pihak pengurusan stesen radio Best FM ‘merisik’ dirinya, akhirnya dia menerima tawaran sebagai penyampai radio tersebut.

Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment