info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, April 29, 2018

Sah jadi warga negara Malaysia, Adi Putra tayang kad pengenalan


Jika sebelum ini, ramai yang mempertikaikan mengenai kerakyatan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra kerana beliau merupakan seorang warga negara Singapura. Beliau juga menyedari ramai pihak yang mempersoalkan perkara tersebut kerana beliau telah lama berada dalam industri hiburan Malaysia.

Terbaru isteri Adi, iaitu Datin Hajah Aida Yusof telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya untuk membuktikan bahawa suaminya kini sah mendapat status kerakyatan Malaysia.



Gambar yang dimuat naik oleh Aida menjelaskan bahawa suaminya kini sah menjadi warganegara Malaysia. Adi juga telah terlibat dalam bidang politik kerana beliau aktif ‘turun padang’ dalam mana-mana kempen sempena Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14).

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 37 tahun telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang warga negara Malaysia untuk mengundi parti pilihannya sendiri iaitu, Barisan Nasional.




Sumber : ohmymedia

No comments:

Post a Comment