info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, April 22, 2018

Polis Bantuan Teruk Dikritik Walaupun Dah Selamatkan Wanita yang Cuba Bunuh Diri!


Sesetengah mentaliti orang zaman sekarang makin lama makin teruk. Dorang selalu tengok sesuatu perkara itu dari sudut negatif, padahal benda negatif itu sikit je pun. Rasanya macam tak ada guna je buat benda baik, tapi masih dikecam oleh golongan-golongan macam ini. YESSSS BETUL!

Macam baru-baru ini tular di media sosial, video pendek seorang lelaki dah selamatkan seorang wanita yang cuba bunuh diri dengan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Menurut FMT, lelaki tersebut, Zaidi Salleh iaitu seorang polis bantuan, 53 tahun, nekad gadaikan nyawanya sendiri selepas nampak wanita berusia 28 tahun ini terjun dari jambatan tersebut. Salute lahhh!


Usahanya berbaloi sebab dia berjaya selamatkan wanita berkenaan daripada lemas sebelum kedua-dua mereka diselamatkan bot nelayan tempatan yang ada dekat situ. Namun apa yang menyedihkan di sini apabila netizen-netizen langsung tak hargai apa yang dah dilakukan olehnya, malah teruk dikecam hanya sebab didakwa tak ada pengalaman. Eh eh suka hati korang je kan!

Walau bagaimanapun, menurut Mstar, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan sebulat-bulatnya dakwaan yang kata polis bantuan itu tak ada pengalaman. Pengurus Besar Kanan JKSB, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, anggota polis bantuan JKSB semuanya diberi latihan yang betul untuk menangani situasi seperti itu.


“Pegawai kita diberi latihan berenang, menyelam, pertolongan cemas, pengurusan lalu lintas dan lain-lain kemahiran menyelamat yang berkaitan”

“Ketika pengawal jambatan kami, Zaidi Salleh melompat ke perairan untuk menyelamatkan wanita itu, dia memang dah sedia untuk hadapi situasi tersebut,” kata pegawai kanan itu.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas lihat ada beberapa portal yang mengatakan bahawa Zaidi turun ke dalam air terlebih dahulu, kemudian berpaut kepada bekas ikan yang dibuang untuk digunakan sebagai pelampung.

“Dia tak menyelam secara membuta tuli ke dalam air tanpa merancang kaedah menyelamat terlebih dahulu”

Pegawai kanan tersebut mula beri kenyataan lepas melihat Zaidi teruk dikecam di media sosial selepas tular videonya yang sedang menyelamatkan mangsa. Dalam pada itu, Zaidi mengambil segala kritikan tersebut dari sudut positif, dan langsung tidak marah dengan kata-kata netizen.


Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Farizan Darus menyerahkan RM500 dan sijil penghargaan kepada Zaidi, atas cadangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

“Dia berani menyelamat ke laut yang tinggi untuk selamatkan seseoang. Ia seperti menonton seorang pahlawan dalam filem. Saya harap contoh yang baik ini boleh jadi inspirasi dekat orang lain”

Haihhh bila lah makcik pakcik bawang ini nak bersara eh? Kecoh betul!

No comments:

Post a Comment