info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, April 20, 2018

Penolong pengurus bank kantoi, 'pinjam' duit pelanggan untuk berjudi!


Selalunya kita akan lega bila simpan wang di bank sebab rasa macam duit tu dah berada di tempat yang selamat. Tapi siapa sangka ada individu tak bertanggungjawab yang sanggup ambil wang milik orang lain hanya demi kepentingan diri sendiri.

Menurut Kosmo, seorang lelaki penolong pengurus bank telah ditahan kerana mencuri wang bernilai RM715,000 milik pelanggan bank di cawangan tempatnya bekerja hanya untuk bertaruh judi bola sepak ke atas pasukan Manchester City.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah cawangan bank terkemuka kat Jalan Raja Laut ni, lelaki berusia 46 tahun itu sedang bekerja di pejabat sewaktu sepasukan polis bersama pegawai penyiasat komersial Inspektor T. Selvakumar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi datang untuk menangkapnya.

Penahanan tersebut sangat mengejutkan semua kakitangan bank pada waktu itu kerana mereka tak sangka seorang yang berkedudukan tinggi di institusi kewangan sanggup buat perkara macam ni.


Hanya mahu pinjam duit pelanggan

Lelaki tersebut khabarnya memang merupakan seorang kaki judi bola sepak. Namun bapa kepada tiga anak terbabit dikatakan baru pertama kali mendebitkan wang dalam akaun pelanggan di cawangan bank berkenaan.

Suspek dikatakan hanya berniat untuk ‘pinjam’ wang bernilai RM715,000 milik pelanggan bank demi mencapai cita-citanya menjadi orang kaya jika menang pertaruhan. Penolong pengurus bank itu juga mendakwa mahu membayar semula wang yang ‘dipinjam’ selepas menang wang pertaruhan bola.


Ada ke patut pekerja bank yang selama ni kita percaya untuk jaga dan uruskan duit kita sanggup ambil kesempatan macam ni. Seelok-elok jaga amanah dan jangan ambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi. So sekarang nak simpan duit kat mana gais?

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment