info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, April 30, 2018

'Orang malaysia mundur' - Alicia amin dikecam, luah rasa kesal arak dilarang jual kepada orang islam di KLIA!


Bila sebut saja tentang Alicia Amin, pasti ramai terbayang keseksian yang ditampilkan oleh model kontroversi ini. Berani mencuba dan menggayakan busana yang seakan-akan separuh bogel, gadis berusia 23 tahun ini tidak kisah dengan kecaman dan kritikan yang diterima.




Namun baru-baru ini, pelakon drama Meh Sandar Lagi itu telah memuat naik status di laman Twitter miliknya berkongsi rasa tidak puas hati mengenai Muslim di Malaysia yang tidak dibenarkan membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di KLIA.


“Saya baru dapat tahu sejak kebelakangan ni orang Muslim di Malaysia tidak boleh membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai, KLIA. Bagus, kita semakin mundur…” katanya menerusi posting tersebut.


Tweet berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan pelbagai komen dengan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut.

Alkohol mendatangkan masalah..

Bagus la macam tu..

Nak minum, jangan pengaruhi orang lain


Namun tidak kurang ada juga yang mengatakan sebahagian tempat mereka dibenarkan untuk membeli tanpa sebarang halangan seperti di Labuan dan Sarawak.

Labuan & Sarawak okey je!



Sumber : Alicia Amin

No comments:

Post a Comment