info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Sunday, April 22, 2018

Nurliyana Pesakit Para Tiroid Dah Tiada, Netizen Kongsi Rasa Sedih!


Sejak beberapa minggu lepas, nama Nurliyana, iaitu seorang pesakit Para Tiroid, selalu keluar dekat timeline masing-masing. Hampir setiap hari ada je berita baharu tentang dia, dan ceritanya mendapat perhatian ramai dek kerana bersimpati dengan nasib wanita tersebut. Kannn…

Sebelum ini rata-rata netizen semuanya happy bila pihak hospital maklumkan yang Liyana akan menjalani pembedahan dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pembedahan tu bertujuan untuk buang ketumbuhan dekat bahagian lehernya. Menurut Metro, keputusan untuk buat pembedahan itu dibuat selepas yakin dengan tahap kesihatannya yang masih normal. Difahamkan, pembedahan itu dibuat oleh pakar dari Institut Urologi dan Nefrologi, HKL.



Namun tak lama lepas itu, Liyana terpaksa bedah sekali lagi untuk buat saluran pernafasan selepas dilaporkan mengalami masalah pernafasan disebabkan kandungan karbon dioksida dalam badannya terlalu tinggi.

Tapi semalam, kita semua dikejutkan dengan berita sedih, di mana Liyana sudah tiada. Menurut Hmetro, perkara tersebut disahkan sendiri oleh bapanya, Muhammad Radzi, 55, yang memaklumkan bahawa anak sulungnya itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 8.30 malam.


“Difahamkan tekanan darahnya menurun sebelum menghembus nafas terakhir”
“Kami masih menunggu proses menuntut jenazah bagi urusan pengebumian dan selepas semuanya selesai, mayat akan dibawa pulang ke rumah saya di Banting, Selangor,” kata bapanya.

Rakyat Malaysia rata-ratanya terkejut dan sedih dengan berita tersebut. Mana taknya, masing-masing mengharapkan Liyana pulih seperti sedia kala, namun umurnya tidak panjang.

“Al Fatihah. Semoga tenang dia di sana. Tamat sudah penderitaannya selama dia sakit”

“Semoga tempatnya di Syurga”

Innalilah.. Salam takziah dari kami semua.. Harap Liyana tenang di sana. Amin..

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment