info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, April 20, 2018

'Nak bantu kemalangan di ranau, tetapi terlanggar budak sekolah sampai mati di tempat lain'


Inilah yang dinamakan malang tak berbau. Dalam usaha nak selamatkan satu nyawa, satu nyawa lain pulak yang melayang tanpa disangka-sangka!

Menurut The Star, seorang pemandu tow truck yang dikatakan sedang rushing menuju ke lokasi kemalangan secara tak sengaja terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang budak sekolah meninggal dunia.

Masa kejadian berlaku, dua orang pelajar dilaporkan sedang melintas jalan Ranau-Telupid iaitu 120km dari Kota Kinabalu dalam jam 3.30 petang pada 17 April.


Hilang kawalan sebelum langgar dua pelajar

Driver tow truck tersebut tiba-tiba hilang kawalan terus melanggar pelajar berumur 16 tahun yang mati serta merta kat tempat kejadian, manakala kawannya pulak yang berusia 15 tahun mengalami kecederaan yang serius. Kesiannya…

Identiti driver tow truck tu dah pun dikenal pasti dengan nama Mohd Faizan berusia 33 tahun. Dia jugak alami kecederaan serius disebabkan tow truck tu dilihat terbalik di atas jalan.

Menurut Ketua Polis Ranau, DSP Farhan Lee, mangsa Nor Aliz Khairunnisya Azazahari, 16 dan rakannya, Elcy Hairyson, 15 berasal dari SMK Matupang, Ranau. Mereka berdua dalam perjalanan pulang dari rumah sebelum Nor Aliz dilanggar mati dan Elcy pulak patah kaki dan cedera di kepala.


Buat masa ni kes akan disiasat di bawah Akta Pengakutan Jalan kerana cuai ketika memandu.

Kalau nak rushing ke mana-mana pun, utamakanlah keselamatan dulu. Pape pun semoga driver dan mangsa yang cedera parah tu cepat sembuh.

Sumber : The Star via lobakmerah

No comments:

Post a Comment