info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Saturday, April 21, 2018

'Minta bantuan polis akibat didera majikan, tetapi dirogol kerana terpikat dengan kecantikan pembantu rumah itu!!'


Kalau sesuatu yang buruk terjadi, kita selalunya akan ke balai polis dan minta bantuan dorang untuk selesaikan masalah dan bantu kita. Polis sepatutnya jaga keselamatan rakyat, kan? Tapi lain pula yang jadi pada seorang pembantu rumah kat Johor ni.

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang wanita pembantu rumah warga Indonesia didera oleh majikannya di Bukit Indah, Johor cuba untuk larikan diri. Dengan bantuan seorang rakan, pembantu rumah tersebut berjaya larikan diri dan bergegas ke balai polis untuk laporkan hal ni.


Wanita ke balai polis nak minta tolong tapi dirogol

Wanita berusia 24 tahun tersebut kemudiannya pergi ke balai polis di Senai untuk buat laporan pasal penderaan yang dibuat oleh majikan dia. Tapi apa yang mengejutkan, seorang polis berusia 30 tahun dari Sandakan dikatakan terpikat dengan kecantikan pembantu rumah tu dan terus pasang niat jahat.

Untuk dapatkan kepercayaan wanita tu, polis tersebut beritahu dia sangat kasihan dengan pembantu rumah tu dan sanggup bawa bawa dia balik ke rumah majikan untuk ambil pasport. Kononnya!

Tapi tengok-tengok dia bukan bawak pergi rumah majikan tapi ke sebuah motel di Senai dan merogol wanita tu kat situ! Teruknya!


Ada bukti polis bawa wanita ke motel

Mangsa kemudiannya buat laporan polis pasal kejadian tu. Suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Lepas tengok rakaman CCTV kat motel, polis tu memang ada bawa mangsa ke sebuah bilik.

Insiden ni buat ramai pegawai senior di ibu pejabat polis Bukit Aman berang dan arahkan siasatan mendalam dilakukan terhadap kes ni. Pembantu rumah tu kemudiannya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ni lah yang orang kata harapkan pegar, pegar makan padi. Orang nak mintak tolong, dia rogol pulak. Hish, memalukan polis je!

Sumber : WORLD OF BUZZ

No comments:

Post a Comment