info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, April 20, 2018

Mata Terbuka Tapi Badan Tak Bergerak Dan Suara Tidak Keluar, Kena Tindih Dengan Hantu Ke? Ini Penjelesannya


Bayangkan, anda tersedar dari tidur, anda cuba tarik selimut ataupun ingin bangun dari katil, tapi badan langsung tidak bergerak. Mata sudah terbuka luas tapi anda rasa bagaikan orang lumpuh dan anggota badan bagaikan dikunci mati. Seinci pun tak bergerak.

Pasti menggelabah kan? Takkan la dah lumpuh, sebelum tidur tadi okay je bergerak sana-sini. Masa ini, perasaan takut mula mengusai diri. Sah, kena tindih dengan hantu ni. Maka anda mulalah berasa panik, dan mungkin anda mahu menangis kan.

Tapi, betul ke anda kena tindih dengan hantu? Hantu mana pulak tu siang-siang nak tindih anda. Tapi nanti dulu, sebenarnya sainstis sudahpun menemui jawapan kenapa anda kena tindih dengan hantu waktu tersedar daripada tidur. Hantu tak bersalah pun dalam hal ini.

Perasaan kena tindih dengan hantu ini disebut sebagai Sleep Paralysis dalam dunia perubatan. Sleep Paralysis ataupun kelumpuhan tidur ini merupakan satu fenomena sejagat, dan bukan 'hantu Malaysia' sahaja yang pandai tindih orang. Ia turut terjadi di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama sebenarnya. Apa yang anda perlu tahu adalah, ia tidak mengancam nyawa. Selamat!


Menurut kajian, kelumpuhan tidur ini boleh berlaku di dua keadaan, iaitu anda dalam keadaan sedar sebelum tidur atau selepas terjaga dari tidur. Walaupun anda dalam keadaan sedar ketika itu, anda seolah-olah kehilangan keupayaan untuk bertutur mahupun begerak. Untuk memahami dengan lebih lanjut kenapa ia berlaku, kita haruslah terlebih dahulu memahami bagaimana otak berfungsi ketika kita tidur terlebih dahulu.

Tidur manusia sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu :

1. Rapid Eye Movement (REM) Sleep

2. Non Rapid Eye Movement (NREM) Sleep

Kedua-dua jenis tidur di atas merupakan kompenan penting yang disebut sebagai kitaran tidur manusia (Sleep Circle). Kedua-dua kitaran tidur manusia ini mengambil masa secara purata antara 90 hingga 110 minit untuk lengkap membabit EMPAT peringkat REM dan SATU peringkat NREM.

Empat peringkat RAM adalah :

1. Fasa tidur NREM

Diawal anda mahu tidur ataupun disebut sebagai tidur-tidur ayam.

2. Fasa tidur NREM 

Ketika ini, tubuh badan anda sudah pun bersedia untuk memasuka fasa Deep Sleep.

3. Fasa tidur NREM 

Fasa Deep Sleep anda bermula.

4. Fasa tidur NREM

Anda tidur sangat lena ataupun memasuki fasa Very Deep Sleep dan ia berterusan.

Satu peringkat NREM adalah :

5. Fasa tidur REM

Fasa di mana anda sedang tidur sangat lena namun gelombang otak anda ketika ini sangat aktif seolah-olah anda sedang berjaga. Otak anda menghantar gelombang ke pelbagai arah berkemungkinan disebabkan mimpi yang sedang anda alami.

Ketika di fasa REM ini, badan anda sebenarnya dikunci bagi menghalang anda daripada melakukan pergerakkan-pergerakkan yang dimimpikan dan gelombang yang dihantar otak. Bayangkan anda ketika itu bermimpi sedang menjadi Hero yang bertarung dengan ratusan penjenayah. Segala skill pertarungan anda peragakan di dalam mimpi itu. Jika anggota badan anda tidak dikunci, masaklah siapa yang tidur di sebelah anda kan.


So, apa kena mengena semua yang disebutkan di atas dengan ''kena tindih dengan hantu''? Okay, perasaan anda ditindih hantu berlaku apabila fasa REM ini tidak lengkap disebabkan anda terjaga daripada tidur.  Apa yang berlaku adalah badan anda masih lagi terkunci kerana fasa REM yang belum lengkap biarpun otak anda sudah pun terjaga. Walaupun anda berusaha dengan gigih, anda masih tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang suara mahupun melakukan sebarang pergerakkan.

Ketika ini perasaan takut menyelubungi anda. Ditambah pula anda dalam keadaan mamai baru bangun tidur, bayangan-bayangan seperti lembaga hitam dan sebagainya mudah ditangkap oleh mata walaupun ia cuma ilusi yang terbentuk berpunca daripada perasaan takut.

So, kelumpuhan tidur ataupun ''kena tindih dengan hantu'' adalah berpunca daripada anda tersedar daripada tidur ketika fasa REM masih belum lengkap.

Antara punca-punca boleh berlakunya kelumpuhan tidur ini adalah :

1. Tidak cukup tidur

2. Stress

3. Tidur Terlentang

4. Penyalahgunaan dadah atau alkohol

5. Corak tidur tidak teratur.

Jadi, berhentilah salahkan hantu. Dia pun ada kerja lain nak buat. Walaupun alam mistik itu wujud dan perkara ghaib itu wajib diyakini, ia bukanlah mengenai hantu semata-mata. Setiap perkara sudahpun mempunyai penjelasan yang tersendiri. Terpulanglah kepada anda mahu percaya yang mana satu.

Sumber : The Diagnosa

No comments:

Post a Comment