Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jumpa Bomoh Hantu!

Advertisemen

Sekarang ini makin banyak pulak isu bomoh yang jadi dekat negara kita. Macam baru-baru ini tular dekat media sosial tentang bomoh yang guna pistol mainan untuk rawat pesakit dia. Bomoh tersebut teruk dikutuk netizen sebab cara dia tu seolah-olah memainkan agama. Baru-baru ini tular lagi kes pasal bomoh, di mana seorang lelaki mati lepas jumpa bomoh tersebut.

Menurut WOB, kejadian ini berlaku dekat Taman Puchong, dan lelaki ini jumpa bomoh itu pada 26 April yang lepas. Difahamkan lelaki yang berasal dari Sitiawan itu mati tiga hari lepas dia jumpa bomoh tersebut, kira-kira jam 10.10 pagi di Hospital Serdang disebabkan kecederaan dalaman. Pulak dahh!

“Kecederaan dalaman itu sebab dipukul, disepak dan dipijak”

Pada mulanya mangsa mengadu yang dia sakit, dan dia jugak selalu bagitahu yang dia sering diganggu oleh hantu selama hampir setahun. Disebabkan tak tahan diganggu hantu, dia ambil keputusan untuk pergi berubat secara traditional berhampiran dengan rumah kakaknya. Katanya, ada lima bomoh pada waktu itu, dan dua orang daripadanya adalah perempuan.

Sejak kejadian itu, kelima-lima bomoh itu dan abang ipar lelaki tersebut ditahan untuk bantu siasatan. Kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Mohammad Azlin Sadar,

“Berdasarkan pemeriksaan pada mangsa, kecederaan yang dialami itu sebab dipukul dengan teruk”


Menurut Sadar, dipukul, dipijak dan disepak itu adalah salah satu cara proses penyembuhan yang dorang amalkan selama ini. Kes ini disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan suspek-suspek itu ditahan selama 7 hari.

Menurut jiran mangsa pulak, lelaki itu nampak sihat macam selalu selepas jumpa bomoh tersebut, dan tiba-tiba pengsan dan tak sedarkan diri beberapa hari lepas itu. Polis mula syak dia mati sebab dipukul lepas salah seorang pegawai perubatan nampak kesan dipukul dekat badan mangsa.

Bomoh pijak, pukul dan sepak mangsa? Itu antara proses rawatan dorang? Aik pelik!
Sumber : WOB
Advertisemen