info-info menarik !

Breaking

Wednesday, April 25, 2018

'Lawak gila dorang ni!' - Video Azad Jazmin menari dengan anak buat netizen pecah perut


Bertuah sungguh pelakon Eira Syazira yang kelihatan sentiasa ceria dan bahagia sepanjang menjalani kehidupan rumah tangga bersama suaminya, Azad Jazmin yang dikenali sebagai seorang yang kelakar.

Selepas video bertutur dalam bahasa Tamil bersama anak sulungnya Ammara Sofea Rose mencuri perhatian ramai, kini gelagat dua beranak itu berjaya membuat netizen ketawa tidak kering gusi dengan video terbaru.




Baru-baru ini menerusi Instagram pelakon filem J Revolusi itu, dia telah berkongsi sebuah video yang di’repost semula daripada akaun Instagram @my.ebu yang kelihatan dirinya dan Ammara sedang ‘battle’ dengan aksi tarian.




Rata-rata pengikut di laman Instagram sangat terhibur dengan gelagat dan keletah mereka yang berlawan bagi menunjukkan kehebatan tarian masing-masing.

Tak kering gusi!

Suka tengok keletah mereka!

Seronok layan!


Kelakar habis! Kalau bapa pun dah kelakar, ditambah pula dengan gelagat anak, pasti membuatkan ramai netizen berasa terhibur walaupun sekadar aksi biasa.

Sumber : Azad Jazmin via ohmymedia

No comments:

Post a Comment