info-info menarik !

Breaking

Tuesday, April 24, 2018

Kenali siapa 'Mr Grey' dalam drama terbaru astro yang semakin digilai ramai!


Pasti ramai tergila-gila dengan drama adaptasi daripada novel terbaru iaitu Mr. Grey yang sedang hangat ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria sejak 9 April lalu.

Tapi bagi nama hero utama drama itu, Fendy Bakry masih agak asing bagi penonton walaupun sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang industri seni lakonan.

Bukan itu sahaja, jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Perlis ini juga pernah terlibat dalam pencarian Hero Remaja pada tahun 2012 bersama rakan seperjuangan seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Shaharul Ridzuan, Ben Amir dan ramai lagi.

Namun menerusi drama Mr Grey yang bersiaran sebanyak 14 episod itu, kini namanya kian melonjak naik setelah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton setia drama tempatan.

Tak nak cakap banyak! Jom kita ‘cuci mata’ dengan melihat gambar-gambar Fendy yang penuh segak dan kacak ni. Korang cair ke idok?








Sumber : Fendy Bakry via ohmymedia

No comments:

Post a Comment