info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, April 27, 2018

"Kena 'belanja' rokok dulu" - Lelaki kongsi kisah di tahan polis tepi jalan!


Sekatan di jalan raya ada kalanya boleh menimbulkan kerisauan bagi sesetengah pemandu kereta dan motosikal di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila pihak berkuasa mula wujud perasaan syak wasangka terhadap seseorang yang tidak bersalah.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik status baru-baru ini berkongsi pengalaman dirinya yang telah ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kena tahan tepi jalan..


Menurut Hairry, dia telah disoal siasat sama ada mengambil bahan terlarang atau tidak selepas mengeluarkan dokumen penting ketika melakukan pemeriksaan.

Walaupun telah mengaku tidak mengambil bahan terlarang, namun polis itu seakan-akan tidak percaya sehingga ingin membuat ujian air kencing terhadapnya.

Memang tak ambik dadah!

Selongkar beg & dompet


Tambah Hairry, walaupun tiada kesalahan yang dilakukan, pihak polis tersebut turut meminta dia untuk belanja mereka sebanyak lima kotak rokok dan minuman sebelum beredar.

Tak nak belanja apa ke?

Bangladesh tu lagi teruk kena ‘pau’


Dia juga menyatakan perasaan tidak puas hati apabila barangan peribadi miliknya telah diselongar oleh mereka kerana situasi tersebut tidak sepatutnya berlaku.


Jadi kalau la korang ditahan oleh pihak polis pada masa akan datang, pastikan mereka bukan orang yang menyamar dan ketahui hak-hak korang ketika ditahan!

Sebab bila kena tahan dengan polis je, mesti ‘nervous’ dia lain macam sampai korang pun lupa ada beberapa perkara yang mereka tidak patut dilakukan.

Hmmm… Macam mana nak percaya polis bila perkara macam ni sering terjadi kepada orang awam. Mereka sepatutnya melindungi bukannya menyalahgunakan kuasa dengan mengambil hak orang lain.

Harap akan ada perubahan nanti.

Sumber : Mohd Hairry Hussain

No comments:

Post a Comment