info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Friday, April 20, 2018

Kantoi Buat Kopi Vietnam Murah Guna Bateri Terpakai, Debu Batu dan Kotoran!!


Korang mesti ada kawan yang tak boleh hidup tanpa kopi, betul tak? Kalau pagi-pagi dia tak pekena kopi dulu secawan mesti tak boleh mula kerja. Kalau kat Asia ni, kopi dari Vietnam lah paling famous. Ada yang kata kopi Vietnam ni sedap dia tahap kalau tak suka minum kopi pun boleh jadi suka lah!

Sedap tu sedap jugak, tapi hati-hati sebelum korang nak beli kopi Vietnam after this. The Star melaporkan ada satu kilang pembuatan kopi di daerah Dak Nong, Vietnam ni kantoi tambah bateri terpakai, debu batu, dan kotoran dalam kopi dorang. What?!

12 tan kopi tercemar dijumpai

Kilang milik seorang wanita nama Nguyen Thi Loan tu diserbu pihak polis dan pemeriksa makanan lepas dapat aduan daripada orang awam. Katanya dorang syak ada something yang mencurigakan berlaku kat premis tu.

Waktu serbuan, 12 tan kopi tercemar dirampas bersama 35 kilogram serbuk berwarna hitam yang dipercayai diekstrak daripada bateri terpakai. Satu baldi cecair hitam tidak dapat dikenal pasti seberat 10 kilogram juga turut dijumpai.




Kopi dicampur bateri terpakai, debu batu dan kotoran

Lepas disoal siasat pihak berkuasa, Nguyen mengaku yang dia beli semua biji kopi reject daripada pengilang kopi lain dengan harga murah untuk nak kurangkan kos. Biji kopi tu nanti dia akan kisar elok-elok sebelum campur sekali dengan debu dan kotoran.

Langkah terakhir, dorang akan warnakan campuran tadi dengan dye hitam untuk kelirukan tipu pengguna. Kilang ni dah beroperasi bertahun-tahun dan tahun ni je dah tiga tan kopi ‘kotor’ ni masuk ke pasaran.




Boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian

Seorang pakar kimia daripada Vietnam National University, Profesor Madya Tran Hong Con memaklumkan mangan dioksida yang boleh dijumpai dalam bateri adalah sangat bahaya dan boleh sebabkan kerosakan otak. Selain tu, ia juga boleh sebabkan halusinasi dan kematian.

Pihak polis sekarang dah ambil sampel daripada premis untuk ujian makmal. Harap-harap pihak berkuasa dapat track semua kopi tercemar ni dan musnahkan sebelum dibeli orang ramai.


Bahaya betul lah, nak cut cost punya pasal sanggup bahayakan nyawa orang lain. Hati-hati kalau nak beli kopi ye!

Sumber : The Star via lobakmerah

No comments:

Post a Comment