JIJIK! - Lelaki Mengaku Racun Haiwan Peliharaan Jiran Untuk Dijadikan Satay

Advertisemen

Bekalan daging untuk sebarang jualan selalunya akan dibeli dari pembekal ataupun dipelihara sendiri. Tapi lelaki di Indonesia ni sanggup lakukan sesuatu yang dahsyat hanya untuk mendapatkan daging secara percuma. Bukan itu saja, daging yang digunakannya juga bukan daging biasa-biasa.

Racun anjing peliharaan jirannya untuk dijadikan satay

Menurut Coconuts, seorang lelaki mengaku sanggup meracun haiwan peliharaan jirannya semata-mata hanya untuk mendapatkan daging anjing tersebut. Daging tersebut dikatakan untuk dijadikan satay dan kemudiannya dijual. Maksudnya bagi orang makan tu! Eeeekk!

Hal ni terbongkar bila Kowang, seorang lelaki berusia 41 tahun dilihat sedang beri makanan pada anjing-anjing di kawasan berdekatan.


Saksi nampak Kowang masukkan anjing dalam guni

Lepas diberikan makanan, anjing-anjng tu nampak lemah dan sakit. Lihat sahaja keadaan anjing macam tu, Kowang akan seret haiwan-haiwan tu masuk guni. Saksi yang nampak kelakuan Kowang terus lapor hal ni kat salah seorang lelaki yang anjing dia dah kena racun sebelum ni.

Tahu je pasal ni, terus la pemilik anjing tu kejar Kowang keliling kampung dan akhirnya berjaya tangkap dia. Kowang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Guna potassium untuk racun haiwan

Lepas ditangkap, Kowang mengaku yang dia ada guna potassium untuk racun anjing-anjing kat kawasan tu. Dia campurkan racun tu dalam makanan dan bagi kat haiwan. Bila dia tengok haiwan tu dah mati, dia akan kumpul semua masuk guni.

“Taktik dia adalah untuk racun anjing dan kumpul binatang tu lepas mereka mati. Nampaknya cara tu efektif sebab anjing tak boleh menolak dan akan terus mati lepas tu. Bila anjing dah mati, pesalah tak perlu buat lebih-lebih cuma balut dan jual jelah daging tu,” kata polis bertugas.

Teruknya sanggup racun haiwan kesayangan orang lain demi nak dapatkan daging dan jual. Sampai hati dia pandang je anjing tu mati sebab makan racun dia bagi. Lagi pun ini daging ANJING tau! Bukan ayam atau lembu yang memang ok untuk kita makan. Korang hati-hati tau makan satay kalau melawat ke Indonesia.

Sumber : Coconuts
Advertisemen