info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, April 23, 2018

Ibu bapa sedih, anak derita hempedu tersumbat meninggal dunia


Rayuan seorang ibu yang memohon bantuan dan sumbangan dari masyarakat bagi menjalani pembedahan terhadap anaknya menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Kanak-kanak lelaki berusia 11 bulan yang mengalami masalah saluran hempedu tersumbat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada Jumaat lepas jam 5 petang.

Muhammad Faris Wifiuddin sebelum ini dijadualkan menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China di bawah tajaan kerajaan negeri membabitkan kos RM200,000. Namun, Siti Rokiah dan suaminya, Irwan Shafpii hanya mengumpul RM 11,000 hasil sumbangan orang ramai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.

Pembedahan tersebut sepatutnya dijadualkan berangkat ke China pada 19 Mac lalu, tetapi tertangguh kerana keadaan anaknya yang tidak stabil dan dirawat di PPUM.


Menghembuskan nafas terkahir.

Siti dan suami ingin melihat anak bongsu ini dibesarkan dengan sihat seperti tiga anaknya yang lain. Walau bagaimanapun, kesihatan Wifiuddin semakin merosot selain keadaan hatinya yang rosak teruk dan dipantau di PPUM sejak sebulan lalu.


Jenazah arwah dibawa pulang ke kampung halaman suami dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Chalok Barat, Setiu.

Siti dan suaminya reda dengan pemergian anak kesayangannya itu kerana tidak sanggup untuk melihat keperitan yang dihadapi anaknya itu.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment