info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Tuesday, April 24, 2018

Henti Sebar Spekulasi! Dr Amalina Terangkan Milo Bukan Punca Penyakit Sinus Tapi...


Dua hari lalu tersebar di media sosial seorang individu mendakwa dia dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa masalah sinus yang dihadapinya berpunca dari minuman Milo, mencetuskan kebimbangan orang ramai. 

Difahamkan, lelaki itu baru saja selesai menjalani pembedahan sinus yang menelan belanja RM20,000 di hospital swasta yang tidak dinyatakan. 

Menjawab pertanyaan pengguna di media sosial, Milo Malaysia menafikan dakwaan tersebut. 

"Terdapat edaran gambar yang mengaitkan milo dengan kes sinus di media sosial dan WhatsApp. Berita ini mengandungi info yang tidak berasas. 

"Milo adalah minuman susu, malt dan koko yang selamat untuk diminum. 

"Jika anda mempunya pertanyaan kesihatan, sentiasa rujuk kepada pengamal perubatan, pakar dietetik atau pakar pemakanan yang bertauliah. 

"Kami nasihatkan semua untuk semak dulu sebelum sebar di media sosial," kata kenyataan Milo Malaysia. 


Individu bernama Nafyamran sebelum itu memuat naik perkongsiannya di Instagram mengenai masalah sinus yang dihadapinya telah menyebabkan penglihatannya kabur 90%. Ekoran dari masalah itu, dia terpaksa menjalani pembedahan sinus pada 17 April lalu. 

"Faktor dan punca utama ialah pemakanan kita. Doktor cakap jangan minum milo. Kalau boleh buang milo terus dari hidup kita. 

"Why milo? Terkejut atau tak, jawapan doktor adalah, milo minuman paling teruk sekali. Minuman yang 0 koko dan penuh dengan gula," katanya. 






Sementara itu, Doktor Ezairy M. Sallih, berkongsi pandangannya mengenai isu tersebut dan menjelaskan minuman milo tidak bersalah.

BETULKAH pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?

TIDAK

1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.

2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.

3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.

4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.

5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.

6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.

7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.

Dr. Ezairy M.Sallih
#doktorhidungtelingatekak

Boleh nak minum milo. Kena berpada-pada. Beringat-ingatlah ya. Makanan minuman bergula lagi berbahaya.

Jadi sekarang korang takyah lah panik atau berteka-teki lagi. Memang sah Milo tak bahaya dan bukan jadi punca kepada sinus. Diharapkan jugak janganlah ada pihak yang tokok tambah isu ni dengan informasi tak berasas. Yang penting, jangan ambil apa-apa minuman manis berlebihan.

Kesian, tak pasal-pasal Milo pulak dipersalahkan.

No comments:

Post a Comment