info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Thursday, April 26, 2018

Elfira Loy 'Berbalah' Di Twitter Tetap Pertahankan Ubat Peninggi??


Baru jer jadi isu Hajah Neelofa promosi supplemen tinggikan badan dekat Instagram. Yelah, semua mempersoalkan sebab mana ada produk yang boleh menambah ketinggian.

Tapi dalam orang marah-marah Neelofa ada seorang selebriti lain iaitu Elfira Loy yang menyokong kerana katanya dia dah cuba produk ni dan ianya berkesan. Ye ke tuu?



Doktor bagi nasihat mengikut fakta

Kalau korang follow Dr Beni Rusani di Twitter, beliau ada katakan yang ketinggian manusia akan berhenti pada sesuatu tahap sebab masa tu semua tulang dan fused, berbeza macam berat yang boleh turun naik. Tapi bila dah semakin berumur, manusia akan semakin pendek.



Elfira bagi real feedback sebagai consumer

Tapi rupanya, Elfira Loy tak berpuas hati dengan explanation Dr. Beni sebab dia kata dia sendiri dah menggunakan produk tersebut. El juga mengatakan yang ada doktor lain yang mengatakan manusia boleh tambah tinggi badan walaupun dah menjangkau umur lebih 20 tahun.



Tak mudah melatah, Dr. Beni menerima dan menghormati pendapat Elfira serta mengatakan mungkin result lain mengikut orang.



Elfira masih tak puas hati dan perli Dr. Beni


p>Elfira Loy juga upload gambar buku tulisan Dr. Beni apabila ada netizen yang kecamnya kerana isu ini. Tapi yang membuat netizen lagi geram, bila dia tweet yang dia sudah tak meminati buku tersebut.

Oh, tak lupa juga yang dia mengata Doktor Beni sebab kononnya nak perbanyakkan retweet dan nak menuduhnya pula.



Ramai yang baca respon Elfira ni jadi bengang lah kan. Yelah si Elfira kemain tak nak dengar teguran seorang doktor siap kata doktor tu nak kan retweet.



Bila ramai pulak yang kecam dia, Elfira masih tak berganjak dengan pendiriannya mengenai makanan tambahan untuk meninggikan badan tu.





Okay Elfira, chill. Biasalah tu dah jadi artis, kata apa pun orang akan mengata jugak. Mungkin kalau tak nak benda ni berlarutan, tak perlu ulas sebab nanti sendiri yang sakit hati.

Apa pendapat korang?

Sumber : @DrBeniRusani / @elfira_loy via lobakmerah

No comments:

Post a Comment