Edry Berhijrah Ke Eropah, Demi Kepentingan Anak

Advertisemen

Rupa-rupanya ramai anak selebriti Malaysia yang menghidapi penyakit autisme. Bukan sahaja Zarina Zainuddin dan Fynn Jamal, malah Edry Abdul Halim juga mempunyai seorang anak autisme.

Terbaru, penyanyi dan komposer itu berhasrat ingin berpindah ke luar negara bersama keluarganya bagi memulakan hidup baharu di Eropah serta mendapatkan pembelajaran yang terbaik untuk anak ketiganya yang juga merupakan anak autisme, Emery.



Menurut Edry, Malaysia tiada sekolah khas terutama bagi kanak-kanak autisme lagipun anaknya yang hampir mencecah usia 11 tahun itu masih belum boleh bertutur dan cikgu di sekolahnya juga menyuruh mereka menghantar Emery ke sekolah lain.



Pengarah filem 29 Februari itu menyedari jika selama ini dia banyak menghabiskan masa mengajar orang menyanyi, namun tidak salah sekiranya dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap Emery.


Tambah Edry, dia merancang untuk ke Eropah selepas Hari Raya Aidilfitri untuk mencari sekolah paling sesuai bagi anaknya itu. Walau bagaimanapun, mereka masih belum memutuskan lokasi sekolah terbabit.

Sumber : Berita Harian
Advertisemen