"Bukan bogel pun, saya memang nak tunjuk!" - Ifa Raziah dikecam tayang badan!

Advertisemen

Sekarang ni macam-macam orang sanggup buat sampai memalukan diri semata-mata untuk promosikan produk. Selalu kita dengar instafemes je buat pelik-pelik nak promosikan produk, tapi kali ni artis pulak.

Semalam tular satu video di media sosial menunjukkan Ifa Raziah berpakaian seksi dengan gaun ketat yang singkat tanpa lengan. Dalam video berdurasi 15 saat tu Ifa seolah-olah menayangkan badan sambil pegang satu kotak.

Sengaja muat naik video seksi untuk promosi


Lepas je video tu dimuat naik, of course lah ramai yang kecam artis kontroversi ni. Ada yang sampai tuduh penyanyi, pelakon dan pengacara ni tak beriman sebab buat macam tu demi promosikan produk keluarannya.


Menurut Ifa, video tu sengaja dimuat naik untuk mempromosikan barang dan membuktikan dirinya sudah kurus hasil keberkesanan produk kurus yang dijual.
“Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di Instagram orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.”



“Saya bukannya berbogel dalam video tu.”

Ifa banyak memuat naik gambar di media sosial untuk menunjukkan perubahan bentuk tubuhnya yang semakin cantik dan dah kembali kurus. Tapi kerana ramai yang tak percaya, dia muat naik la video pulak sebagai bukti yang dia tak menipu.

“Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?”

“Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.”


Netizen minta Ifa bertaubat

Disebabkan video tu, netizen minta Ifa bertaubat dan jangan buat perkara tak bermaruah hanya sebab nak jual produk. Katanya Ifa dah tua dan tapi masih buat benda macam ni instead of pergi belajar agama macam orang lain seusianya.



Aduuuh macam-macam la orang sekarang ni. Semua sebab nak promosikan produk. Kan dah kena kecam teruk tu. Ada banyak lagi cara untuk promosikan produk cara elok, so better pilih cara yang lebih sopan.

Sumber : Facebook
Advertisemen