info-info menarik !

Breaking

Wednesday, April 25, 2018

'Bertudung tapi bertatu?' - Ini kisah sebenar gadis ini!


Penganut agama Islam diharamkan untuk mencacah tatu pada bahagian badan mereka. Sebab tu akan menjadi isu apabila orang yang berpenampilan seperti seorang Islam dilihat mempunyai tatu pada tubuh badan mereka.

Seorang gadis kini menjadi bualan di Instagram dalam kalangan masyarakat Indonesia bukan sahaja kerana mempunyai wajah yang manis dan lengkap bertudung, tapi sebab mempunyai tatu yang besar di bahagian mukanya.


Pelik, macam mana orang yang bertudung boleh berani nak mencacah tatu pada muka. Tapi, korang jangan melatah dan kecam dulu sebab ada cerita disebalik kisah gadis dengan tatu di mukanya ni.


>Gadis ini pernah join kumpulan Punk

Gadis yang dikenali sebagai Iska sebelum ini pernah mempunyai sejarah yang gelap. Dia pernah menjadi gadis Punk yang bukan sahaja mempunyai tatu di wajah tapi turut ada tatu di beberapa anggota tubuh badannya. Telinganya pula siap ada bertindik besar.


Iska dah bertaubat

Namun, kini Iska cuba untuk meninggalkan hidup yang lama dan kembali ke jalan yang benar. Dalam posting baru di Instagram, dia meminta orang ramai mendoakan supaya dia boleh terus bertaubat sepenuhnya.


Seperti yang kita semua tahu, Islam merupakan agama yang mudah. Tatu tak diwajibkan dibuang sekiranya memudaratkan diri dan mungkin sebab itulah gadis ini tidak membuang tatunya. Apa-apapun, keazamannya untuk berubah adalah sesuatu yang wajib diberikan pujian dan sokongan!

Semoga gadis ni terus istiqomah dalam penghijrahannya.

Sumber : Instagram via lobakmerah

No comments:

Post a Comment