info-info menarik !

Advertisement

Breaking

Monday, April 23, 2018

'Azmin Ali pengkhianat bangsa.' - Azwan Ali bertanding PRU-14 lawan abang sendiri


Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar mengenai Azwan Ali yang terkenal dengan mulut lantangnya ketika melontarkan pendapat. Terbaru, beliau akan bertanding sebagai Calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi dan akan menentang abangnya sendiri iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Azmin Ali pengkhianat bangsa.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, tidak hiraukan sebarang kecaman mahupun provokasi ketika bertanding untuk calon bebas nanti dan akan memastikan abangnya itu gagal memenangi sebarang kerusi kerana beliau menganggap abangnya itu sebagai pengkianat bangsa.

Menurut Harian Metro, Azwan berkata, “Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini.”

Tunggu sahaja pembalasan dari Allah.

Terdahulu, Diva AA pernah membuat laporan polis dan SPRM kerana mendakwa Azmin menyalahgunakan kuasanya serta menyimpan pelbagai rahsia mengenai abangnya itu. Sebagai makluman, Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

Tambahnya, “Azmin seorang pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Sekiranya masih ramai yang mengundi Azmin, tunggu sahaja pemabalasan dari Allah”.

“Kalau saya menang saya akan belanja rendang…”

Menurut selebriti sensasi ini, sekiranya beliau menang dalam parti tersebut, beliau akan mengadakan kenduri doa selamat bersama rakyat dan akan belanja masakan rendang air tangannya. Namun, sekiranya beliau tewas, beliau tidak menyesal kerana sekurang-kurangnya peratus undian Azmin terjejas.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment