info-info menarik !

Breaking

Sunday, April 29, 2018

'Atok dah tua.. umur dah 90 tahun lebih' - Netizen tersentuh dengan video Tun Mahathir!


“Atok dah tua.. umur dah 90 tahun lebih …jadi masa tak banyak… tetapi setakat yang boleh, atok akan berusaha… sedaya upaya berkerjasama dengan kawan-kawan untuk pulih semula, negara kita Malaysia…” – Itu antara kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang kini viral di media sosial ketika sedang berbual bersama dua orang cucunya iaitu Aishah dan Adam.

Video berdurasi 2 minit itu telah menyentuh hati netizen apabila Tun M menjelaskan mengenai maksud sebenar kemerdekaan dan menerangkan kepada cucunya beberapa perihal masalah yang terdapat dalam Malaysia.

Menerusi video yang ditelah dimuat naik di Twitter beliau, Tun Mahathir menjelaskan kepada cucunya bahawa beliau ingin memperbaiki negara Malaysia yang mungkin kininya telah rosak angkara kesilapannya masa lalu semasa beliau mentadbir negara satu ketika dulu. Berlatarbelakangkan muzik sedih dari Seniman Sudirman, video tersebut telah menyentuh hati netizen.

Meskipun sudah mencecah usia 90 tahun, Tun Mahathir nekad untuk memperbaiki negara dek kerana kesilapannya yang pernah mentadbir negara Malaysia selama 22 ttahun. Beliau juga telah menyedari kesilapannya itu dan ingin membaikpulih negara Malaysia.


Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan.

Respon netizen.






No comments:

Post a Comment